Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Terkini 2017 Dilonggarkan

Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2017 Terkini. Berita baik buat pelajar UPSR 2016 yang ingin permohonan ke MRSM Tingkatan 1 2017. MARA telah melonggarkan syarat minimum kemasukan ke MRSM selaras dengan pengumuman keputusan UPSR 2016. Jadi apakah syarat kemasukan atau  syarat kelayakan hendak masuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1? Syarat kelayakan kemasukan adalah untuk sesi pengambilan tahun 2017 yang telah dibuka semula mulai 18 hingga 20 November 2016. Ianya untuk memberi laluan kepada pemohon yang telah atau belum dalam membuat kemaskini dan menghantar permohonan. 

Syarat Kelayakan masuk MRSM Tingkatan 1

Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Terkini 2017 Dilonggarkan

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berikut dikongsikan Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Terkini buat panduan ibu bapa dan pelajar.
  1. Syarat baru kemasukan bermula sesi kemasukan 2017 telah dilonggarkan. Syarat minimum kemasukan adalah mendapat keputusan UPSR 2016 3A dan 3B (calon Semenanjung) dan 3A 2B 1C (Calon Sabah dan Sarawak).  
  2. Syarat terdahulu adalah memperoleh keputusan 6A (Semenanjung). Calon Sabah dan Sarawak perlu memperolehi minimum 3A 3B (A dalam subjek Matematik dan Sains dan tiada gred C, D dan E)

Kepada pelajar yang berminat untuk memasuki MRSM, berikut adalah Syarat Kemasukan yang lain untuk kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 Terkini.

  1. Pelajar TAHUN ENAM 2016 yang berminat serta cemerlang dalam sahsiah diri dan akademik  untuk kemasukan ke tingkatan 1 MRSM tahun 2017 di Semenanjung Malaysia.
  2. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar
  3. Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:
  4. Memiliki sikap diri yang positif.
  5. Tahap  kesihatan  yang  baik  dan  mampu  menjalani  program  kecerdasan fizikal.
  6. Pelajar  bersedia  untuk  tinggal  di  asrama  sepanjang  tempoh  pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
  7. Aktif  kegiatan  kokurikulum  dan  bersedia  mengikuti  pelbagai  program  yang dianjurkan.
  8. Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA

Selain itu pemohon juga perlu mematuhi syarat kelayakan berikut :-

A. Semenanjung Malaysia

  • Warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa warganegara Malaysia
Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
  • i. Bumiputera tahun enam.
  • ii. Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
  • Hendaklah menjawab Online Self-Assessment (OSA) dalam tempoh yang ditetapkan. OSA akan diadakan sehingga 9 Disember 2016. Klik untuk menjawab : OSA
  • Pelajar akan  menduduki Ujian  Kecenderungan Kemasukan ke MRSM  (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 5 hingga 8 Disember 2016 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia
syarat masuk mrsm semenanjung

B. Pemohon Sabah & Sarawak

  • Warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa warganegara Malaysia
Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak:
  1. Bumiputera tahun enam.
  2. Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
  3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 3B (A dalam subjek Matematik dan Sains dan tiada gred C, D dan E).
  4. Hendaklah menjawab Online Self-Assessment (OSA) dalam tempoh yang ditetapkan.
  5. Pelajar  akan  menduduki  Ujian  Kecenderungan  Kemasukan  ke  MRSM  (UKKM)  Tingkatan 1  pada  tarikh  antara 5 hingga 8 Disember 2016 yang akan diadakan di MRSM Tun Mustapha dan MRSM Kuching.
  6. Pemohon  yang  memilih  MRSM Mukah,  MRSM  Betong, MRSM  Kota  Kinabalu dan  MRSM Tun  Mohammad  Fuad Stephens tidak perlu menduduki UKKM

syarat masuk mrsm sabah dan sarawak


Sumber : Syarat & Iklan Kemasukan

Nota : Perhatian, pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM.

Semoga panduan Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Terkini 2017 yang dilonggarkan ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dan pelajar untuk membuat permohonan. Selamat memohon dan diucapkan selamat berjaya.

0 comment... add one now