Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 1 Terkini

Syarat Kelayakan Akademik Kemasukan SBP Tingkatan 1 Terkini. Apakah syarat kelayakan akademik untuk permohonan SBP 2017 Tingkatan 1? Umum sedia maklum yang keputusan UPSR telah diumumkan pada 17 November 2016. Namun keputusan pencapaian UPSR 2016 telah mencatatlan pengurangan yang ketara. Pelajar yang berjaya mendapat semua A iaitu 6A hanya sekitar 1.12 peratus atau hanya seramai 4,896 pelajar. Lanjutan daripada itu, KPM telah mengeluarkan satu kenyataan media yang memaklumkan syarat dan kriteria baru/ terkini pemilihan murid ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 2017.

Syarat Kelayakan Akademik dan kriteria pemilihan pelajar

Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 1 Terkini

Berikut dikongsikan Syarat Kelayakan Akademik dan kriteria lain yang diambil kira pemilihan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 tahun 2017 Terkini :-
  1. Syarat minimum pencapaian akademik dalam peperiksaan UPSR adalah sekurang-kurangya 3A dan 3B
  2. Kedudukan (ranking) pemilihan dan penempatan murid ke SBP tidak bergantung semata-mata kepada pencapaian akademik sahaja
  3. Selain pencapaian akademik, skor merit pemilihan dan penempatan murid akan mengambil kira komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Sekolah (PS) dan juga Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) yang diterangkumkan di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Kenyataan Media KPM

Dikongsikan kenyataan media KPM berkenaan dengan syarat dan kriteria pemilihan murid ke Tingkatan 1 SBP 2017 boleh dirujuk di bawah ini.

Syarat kelayakan akademik ke SBP Tingkatan 1 Terkini


Kepada pelajar UPSR yang telah memohon secara online, semoga berjaya dalam permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP. Semoga syarat dan kriteria pemilihan ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dan pelajar dalam membuat permohonan.

0 comment... add one now