Syarat Menderma Darah Di Malaysia

Kriteria Dan Syarat Kelayakan Penderma Darah. Adakah anda layak untuk menderma darah? Dikongsikan dari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berikut adalah kriteria dan syarat menderma darah di Malaysia. Penderma darah adalah seorang yang sangat istimewa kerana sumbangannya dapat membantu orang lain. Umum sedia maklum yang darah adalah satu komponen penting dalam rawatan kesihatan.

kriteria untuk menderma darah

Syarat Dan Kriteria Untuk Menderma Darah

Berikut adalah syarat dan kriteria untuk menderma darah di Malaysia :-
  1. Penderma mestilah sihat tubuh badan
  2. Berat badan 45kg dan ke atas
  3. Tidur sekurang-kurangnya 5 jam
  4. Tahap Haemoglobin minimum 12.5g/dl bagi wanita dan 13.5g/dl bagi lelaki
  5. Tiada masalah kesihatan
  6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah
  7. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
  8. Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun (bagi bukan Warganegara Malaysia)  
Syarat umur untuk penderma darah adalah seperti berikut :-
  • Diantara 18 hingga 70 untuk yang pernah menderma
  • Umur 65 hingga 70 memerlukan pemeriksaan lanjut dan pengesahan pakar terlebih dahulu
  • Diantara 18 hingga 60 untuk pertama kali menderma
  • 17 tahun perlu mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa/ penjaga

Untuk penderma wanita yang berhasrat untuk menderma darah, mereka hendaklah :-
  1. Tidak mengandung
  2. Tidak datang haid
  3. Tidak menyusukan anak
Untuk panduan lengkap, sila rujuk grafik yang dikongsikan dari KKM.
kriteria dan syarat derma darah

Semoga Syarat Menderma Darah Di Malaysia yang dikongsikan ini boleh dijadikan panduan sebelum menderma darah. 

0 comment... add one now