Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online Dan SMS

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online Dan SMS. LPPSA baki pinjaman? Bagaimana cara membuat semakan baki pinjaman perumahan kakitangan awam/ kerajaan cara mudah? Kecanggihan teknologi membolehkan anda membuat semakan secara online dan SMS. Bermula 1 Januari 2016, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah dijenama semula kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan secara Online Dan SMS.

1. Semakan Pinjaman LPPSA Online

Kaedah pertama adalah Semakan secara online melalui Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB). Pengguna baru dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu.


Pengguna yang telah mendaftar akan dapat mengakses perkhidmatan-perkhidmatan seperti semakan status permohonan baru, status bayaran kemajuan, status baki pinjaman, penyata tahunan, penghantaran hakmilik dan bayaran balik pinjaman.

  • Klik SEMAK untuk menyemak status baki pinjaman

Semakan Baki Pinjaman Melalui SMS

Satu lagi kaedah semakan adalah melalui khidmat SMS (mySMS 15888). Berikut adalah langkah membuat semakan :-


  • Taip LPPSA <jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan

Contoh LPPSA BAKI 770311054786
  • Kemudian hantar SMS ke 15888 

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada grafik dibawah ini. 
 
semakan sms lppsa


Dengan kaedah semakan yang mudah ini, moga ianya boleh dijadikan panduan buat kakitangan kerajaan dalam membayar balik pinjaman perumahan mereka. Selamat membuat semakan.

2 comments.. read them below or add one

Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal 04 December, 2016
Assalammualaikum...

bagus panduan nie... untuk kakitangan semak bagi pinjaman mereka sebelum pencen.

mselim3
asza asza 11 June, 2017
macamana nak selesai masalah ni..xingat no fail...