Semakan Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Semakan Keputusan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29. Menerusi makluman SPA, semakan keputusan peperiksaan online untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 boleh disemak pada hari Selasa, 13 Disember 2016. Untuk makluman, peperiksaan online telah diadakan selama 1 jam 40 minit pada hari Isnin, 5 Disember 2016 bermula jam 800 malam. Seramai 34,223 calon telah menduduki peperiksaan termasuk seramai 62 calon yang menduduki di luar negara.

Keputusan Penolong Pegawai Tadbir N29 online

Semakan Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 Online

Berikut dikongsikan maklumat semakan Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 yang boleh disemak secara online meliputi tarikh dan applikasi semakan.

  • Tarikh Semakan/ Masa : 13 Disember 2016 (Hari Selasa) bermula jam 500 petang 
  • Applikasi Semakan : Klik SPA PPT N29 

Pengumuman rasmi SPA (sumber FB SPA) mengenai peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 boleh dirujuk di bawah ini :- 


Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Tanggungjawab PPT N29

Untuk makluman, Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 adalah bertanggungjawab untuk menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang. Syarat kelayakan akademik untuk memohon adalah lepasan STPM, STAM dan Diploma.
 
Semoga calon yang menduduki peperiksaan ini lulus cemerlang dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29.

0 comment... add one now