Semakan Status Permohonan MyKad Dan MyKid Online

Semakan Permohonan MyKad Dan MyKid Online. Berita baik buat pemohon kad pengenalan atau IC di Malaysia. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini menyediakan kaedah semakan melalui online dan SMS untuk pemohon mengetahui status permohonan MyKad dan MyKid. Semakan juga boleh dibuat untuk permohonan MyPR dan MyKAS. Kaedah sistem online ini memudahkan rakyat Malaysia dalam urusan dengan pihak berkaitan dengan lebih pantas.


Semakan Permohonan MyKad Dan MyKid Online

Semakan Status Permohonan MyKad Dan MyKid Online

Kaedah semakan ini memudahkan pemohon untuk mengetahui status permohonan Kad pengenalan samada sudah siap atau belum. Ianya sekaligus memudahkan pengguna yang tidak perlu datang ke Pejabat JPN hanya sekadar untuk menyemak status permohonan. Berikut diantara kaedah semakan buat panduan semua pengguna :-

A. Semakan Status Permohonan MyKad Dan MyKid Online Dan SMS

Untuk makluman, MyKad adalah kad pengenalan untuk Warganegara Malaysia. MyPR adalah untuk pemastautin tetap manakala MyKAS untuk pemastautin sementara. MyKid adalah untuk kanak-kanak.

1. Semakan Online MyKad, MyPR & MyKAS

Satu laman web khas untuk kemudahan pemohon menyemak status permohonan kad pengenalan mereka.

  • Klik Sistem Semakan Permohonan MyKad, MyPR dan MyKAS
  • Masukkan No KP anda di ruangan yang disediakan. No KP boleh didapati dari resit rasmi permohonan
  • Contoh : 501212113343
  • Isikan CAPTCHA dan tekan button SEMAK
  • Status permohonan aakan dipaparkan

2. Semakan Status Permohonan MyKid Online

B. Semakan Melalui SMS

Status permohonan juga boleh disemak melalui kaedah perkhidmatan MySMS.

1) MyKad


  • Taip JPN<jarak>MYKAD<jarak>No Kad Pengenalan
  • Hantar SMS ke 15888
  • Contoh JPN MYKAD 501212113343

2) MyKid


  • Taip JPN<jarak>MYKID<jarak>No MyKid
  • Hantar SMS ke 15888
  • Contoh JPN MYKID 151212113343

Caj perkhidmatan sebanyak RM0.15 akan dikenakan untuk penghantaran. Caj penerimaan pula adalah sebanyak RM0.20.
 
Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk kepada Manual Pengguna sebagai panduan.


Khidmat JPN Zoom

Selain itu, JPN ada menyediakan khidmat JPN Zoom : Serahan MyKad secara pandu lalu di JPN Putrajaya. 


jpn zoom

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook JPN.

Selamat membuat semakan. Semoga perkhidmatan Semakan Status Permohonan MyKad dan MyKid secara Online Dan SMS ini bermanfaat buat semua rakyat Malaysia.

0 comment... add one now