Syarat Kelayakan BR1M 2018

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018. Adakah anda layak memohon BR1M? Pasti ramai pemohon bantuan yang ingin mengetahui syarat kelayakan BR1M 2018 untuk permohonan/ pendaftaran baru. Berikut dikongsikan syarat permohonan BR1M meliputi syarat asas, syarat pendapatan dan umur. Untuk makluman, pendaftaran untuk permohonan baru dan kemaskini BR1M akan dibuka mulai 27 November hingga 31 Disember 2017. 

Tarikh pembayaran pertama BR1M 2018 adalah pada bulan Februari 2018. Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan syarat kelayakan sebelum membuat permohonan bagi mengelakan permohonan gagal atau ditolak. 

syarat mohon br1m 2017

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

Berikut adalah senarai syarat kelayakan permohonan BR1M 2018 yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi e-BR1M. Pemohon yang layak untuk memohon bantuan perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal  serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan  jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar

Salinan Dokumen

Dokumen yang perlu disertakan bersama Borang BR1M 2017 meliputi salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) seperti berikut:-

  1. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  2. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)


Untuk maklumat lanjutan berkaitan soalan lazim permohonan BR1M, anda boleh merujuk kepada FAQ Permohonan.
 
Selamat membuat permohonan baru BR1M 2018 dan kemaskini. Semoga anda berjaya dalam permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia ini.

0 comment... add one now