Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017

Borang Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017. Berita baik buat pelajar IPT (Institusi Pengajian Tinggi). Kini anda boleh menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma bermula 1 Januari 2017. Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 yang dikongsikan dari FB Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pelajar yang berminat boleh merujuk kepada panduan pendaftaran di bawah ini.

borang permohonan pendaftaran Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017

Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017

Berkuatkuasa 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2026, pelajar di pusat pengajian dalam negara boleh menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma. Untuk makluman, SSM memperuntukkan geran sebanyak RM10 juta bagi tempoh 10 tahun dengan RM1 juta setiap tahun kepada pelajar yang layak. Berikut adalah cara dan syarat membuat pendaftaran perniagaan secara percuma melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan.

Syarat Skim

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
  2. Sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara;
  3. Permohonan yang boleh dipertimbangkan adalah bagi satu pendaftaran perniagaan baharu untuk tempoh satu tahun sahaja bagi setiap pelajar di sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini;
  4. Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari kalangan pelajar sahaja); dan
  5. Pembaharuan pendaftaran perniagaan setelah tamat tempoh setahun akan dikenakan bayaran seperti biasa.

Cara Membuat Pendaftaran

Langkah dan proses pendaftaran perniagaan melalui Skim ini adalah seperti berikut:-
Permohonan hanya boleh dikemukakan melalui kaunter perkhidmatan pendaftaran perniagaan SSM di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut;
  1. Kad Pengenalan;
  2. Dua (2) salinan kad pelajar yang masih dalam tempoh sahlaku; dan
  3. Salinan asal surat perakuan pelajar IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.

Grafik Pendaftaran Percuma Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan

Borang Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

Sesuai dengan moto 'PERNIAGAAN ADA BERMULA DI SSM', kepada pelajar yang layak jangan lepaskan peluang ini. Selamat membuat Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017.