Keputusan PRK Tanjong Datu Sarawak 2017 N03

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil PRK Tanjong Datu Negeri Sarawak 2017. Pilihanraya Kecil (PRK) Tanjong Datu N03, Sarawak akan diadakan pada hari Sabtu, 18 Februari 2017. Mampukah calon Barisan Nasional (BN) untuk memenangi dan seterusnya mengekalkan kerusi DUN Tanjong Datu yang mmepunyai seramai 9,959 pengundi berdaftar? Berikut dikongsikan Keputusan PRK Tanjong Datu Sarawak 2017 yang akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Jangkaan keputusan diumumkan adalah seawal jam 800 malam.

Keputusan PRK Tanjong Datu Sarawak 2017 N03 appeared first at PanduanMalaysia.com
Keputusan pilihanraya kecil Tanjong Datu Sarawak 2017 N03

Keputusan PRK Tanjong Datu Sarawak 2017

Pilihanraya kecil (PRK) Tanjong Datu tahun 2017 diadakan susulan kematian penyandang kerusi iaitu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. Beliau yang juga Ketua Menteri Sarawak telah meninggal dunia pada 11 Januari 2017.

Berikut adalah Keputusan PRK Tanjong Datu Sarawak 2017 yang memaparkan maklumat PRK Tanjong Datu seperti senarai calon yang bertanding, jumlah undi dan majoriti undi. Pertandingan 3 penjuru adalah untuk merebut kerusi DUN N03 Sarawak kali ini.

Maklumat Pengundian

  1. Penamaan Calon : 4 Februari 2017 (Khamis)
  2. Pengundian Awal : 12 Februari 2017 (Ahad)
  3. Tarikh Mengundi : 18 Februari 2017 (Sabtu)
  4. Tarikh Tutup Pemohonan Kertas Undi Pos : 6 Februari 2017 (Isnin)
  5. Penyandang : Tan Sri Adenan Satem (Barisan Nasional : BN)

Senarai Calon PRK Tanjong Datu, Sarawak 2017

Berikut adalah senarai calon yang bertanding dan keputusan rasmi PRK Tanjong Datu 2017 :-
  1. Puan Sri Jamilah Anu (Barisan Nasional : BN) : 6573 undi
  2. Rapelson Richard Hamit (Parti Bansa Dayak Sarawak baru : PBDS) : 130 undi
  3. Johnny Aput (Parti Reformasi Negeri : STAR) : 108 undi
Peratus Mengundi : 69.2 %
Majoriti undi : : 6443 undi
Pemenang : Barisan Nasional : BN - Puan Sri Jamilah Anu 
 
Selamat mengundi buat pemgundi berdaftar di DUN Tanjong Datu Sarawak. Tahniah kepada calon yang menang dalam PRK Tanjong Datu Sarawak 2017.Semoga mandat yang diberi oleh rakyat akan digunakan sebaik-baiknya dalam membantu mereka semua.

0 comment... add one now