Permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) 2017 Online

Cara Daftar Kad Debit Pelajar/ Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) 2017 Online. Bagaimana cara memohon Kad Debit Pelajar - KADS1M Debit? Perhatian dan panduan buat pelajar IPTA dan IPTS. Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit) akan menggantikan baucar buku bermula tahun 2017. Semua pelajar IPT wajib membuat Permohonan kad KADS1M Debit yang boleh dibuat secara online menerusi Bank Rakyat bermula dari 16 Februari 2017. 

Oleh itu jangan lepaskan peluang dalam mendapatkan kad diskaun yang memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar. Untuk makluman, Kad debit pelajar hanya boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah sahaja di kedai buku yang terpilih di seluruh Malaysia.

Terkini Oktober 2017 Pelanjutan Tarikh Permohonan atas talian Bank Rakyat Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (KADS1M) Debit Tahun 2017

Adalah dimaklumkan bahawa, mana-mana pelajar Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mendaftar tetapi masih belum memperolehi Kad Siswa Debit 1 Malaysia (KADS1M) Tahun 2017 adalah diminta untuk membuat permohonan semula melalui atas talian di laman sesawang Bank Rakyat. Permohonan semula perlu dilakukan kerana semakan daripada Bank Rakyat mendapati ramai pelajar-pelajar tidak membuat permohonan atas talian menyebabkan tiada rekod yang diperolehi. Permohonan semula boleh dilakukan sehingga tarikh tutup pada atau sebelum 30 Oktober 2017.

permohonan kad debit pelajar

Permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) 2017 Online

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)/ kad debit pelajar secara online seperti dikongsikan dari FB USMInfo (sebahagian info). Juga dikongsikan apa itu KADS1M, ciri-ciri kad dan dokumen yang diperlukan semasa mengambil kad.



Apa Itu KADS1M

Ianya merupakan kad yang memberi kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menerima diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan daripada Rakan Dagang terpilih.

Kelayakan Permohonan

Permohonan adalah terbuka kepada semua pelajar IPTA / IPTS di bawah seliaan:-
  1. Kementerian Pengajian Tinggi
  2. Kementerian Pelajaran Malaysia
  3. Kementerian Sumber Manusia
  4. Institut Perguruan
  5. Lain-lain kementerian yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Ciri-Ciri Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat dalam KADS1M :-
  1. Kad 3 dalam 1 : Kad debit, Kad ATM dan Kad Diskaun
  2. BB1M (RM250 telah dikreditkan dalam kad)
  3. Kad diskaun pelajar
  4. Kad debit dan ATM 
  5. Mudah : 1 kad untuk urusan pembelian, pembayaran dan pengeluaran tunai melalui Akaun Simpanan-i
  6. Selamat : Alternatif terbaik kepada tunai untuk transaksi pembelian secara konvensional ataupun atas talian
  7. Jimat : Pelbagai diskaun dan promosi dari rakan dagang KADS1M terpilih, Bank Rakyat dan MasterCard
  8. Berkonsepkan Syariah
  9. Tiada Riba' dan Gharar
  10. Sebanyak RM250 akan dikreditkan ke dalam akaun pelajar.
  11. Maksima pengeluaran adalah RM240. Jika hendak mengeluarkan RM250 sepenuhnya, pelajar boleh berurusan dengan Bank Rakyat untuk menutup terus akaun berkenaan.

Kelebihan KADS1M Debit

  • Tiada kadar tambahan untuk transaksi luar negara
  • Notifikasi melalui SMS untuk setiap transaksi debit yang mencurigakan
  • Transaksi atas talian yang lebih selamat dengan One Time Password (OTP)
Untuk makluman, pelajar adalah digalakkan untuk membuat pembelian buku, alat tulis dan alatan komputer.

Cara Buat Permohonan

Berikut adalah cara ringkas dan mudah untuk membuat permohonan Kad debit pelajar secara online.
  1. Isi borang e-permohonan di www.bankrakyat.com.my/bppt secara online sebelum tarikh tutup permohonan KADS1M pada 31 Mac 2017
  2. Pastikan alamat emel yang betul dimasukkan
  3. Status permohonan akan disahkan melalui emel permohonan oleh Bank Rakyat
  4. Setelah permohonan lengkap, pelajar perlu menunggu e-mail dari Bank Rakyat sebelum mengambil KADS1M Debit di cawangan yang dinyatakan.
  5. Kunjungi Cawangan Bank Rakyat yang dipilih untuk pegambilan KADS1M Debit
  6. Caj kad RM5.00 perlu dibayar semasa mengambil kad. Terkini : Kementerian Pendidikan Tinggi akan menyerap caj RM5 bagi setiap Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M). Mahasiswa akan menerima RM250 dalam kad debit tersebut dan pelbagai faedah lain seperti diskaun, cabutan bertuah dan sebagainya. Sesungguhnya, peruntukan RM300 juta untuk 1.3 juta mahasiswa merupakan komitmen kerajaan demi manfaat mereka
semakan status permohonan kad debit pelajar

Dokumen yang diperlukan semasa pengambilan KADS1M Debit

  1. MyKad dan satu (1) salinan
  2. Kad pelajar dan satu (1) salinan
  3. Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun di Bank Rakyat, anda tetap perlu memohon KADS1M
  4. Layak kepada pelajar berstatus aktif pada 30 Disember 2016

Semakan Status Permohonan KADS1M

Dikongsikan dari FB USM Info, 2 daripada 9 batch KADS1M telahpun dikeluarkan manakala batch terakhir akan hanya dikeluarkan sekitar bulan September 2017. Jika anda tidak mendapat e-mail daripada Bank Rakyat mengenai status permohonan Kad Debit Pelajar anda, berikut dikongsikan langkah-langkah cara membuat semakan status KADS1M anda.
  1. Telefon Bank Rakyat Hotline di 1 300 80 5454
  2. Pilih Bahasa
  3. Key in "1" untuk status permohonan KADS1M
  4. Key In No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat
  5. Beritahu receptionist yang anda ingin menyemak status permohon KAd Debit Pelajar anda. Berikan maklumat lengkap anda
  6. Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula
  7. Jika permohonan anda terdapat dalam sistem. tahniah diucapkan. Anda hanya perlu menunggu arahan/ dokumen daripada Bank Rakyat dengan penuh sabar
For the application via browsers other than Mozilla Firefox, there's a big chance that your application is not recorded in the system. Hence, you can try the following steps:
  1. Open Firefox browser
  2. Clear all history and cache, and reboot Firefox
  3. Fill in the form again at https://bppt.bankrakyat.com.my/ 
* Semakan KADS1M Online akan diperkenalkan oleh Bank Rakyat pada 1 Jun 2017

Sebarang pertanyaan mengenai KADS1M, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454.

Selamat membuat Permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) 2017 Online. Semoga pelajar dapat menggunakan kad debit pelajar ini dengan cara yang terbaik.

0 comment... add one now