Harga Gula Terkini Malaysia Naik Bermula 1 Mac 2017

Harga Baharu Runcit Gula Bermula 1 Mac 2017. Sah, harga gula pasir di pasaran Malaysia akan naik bermula 1 Mac 2017. Kenaikan harga adalah sebanyak 11 sen dari RM2.84 sekilogram (kg) ke RM2.95 sekg. Harga gula naik telah diumumkan menerusi kenyataan media Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertarikh 2 Mac 2017.

The article is appeared  first at PanduanMalaysia.com 

harga gula naik

Harga Gula Terkini Malaysia Naik Bermula 1 Mac 2017

Berikut dikongsikan harga gula pasir bertapis kasar yang baru seperti diumumkan oleh KPDNKK :-
  • Harga Baru : RM2.95 sekilogram
  • Berkuatkuasa : Bermula 1 Mac 2017
  • Kenaikan : 11 sen
  • Harga terdahulu : RM2.84 sekg sejak tahun 2013

Kenyataan media KPDNKK berkaitan kenaikan harga gula dikongsikan di bawah ini.
harga baru gula pasir 2017

Punca Kenaikan Harga Gula

Harga gula pasir naik disebabkan oleh peningkatan yang ketara bagi harga gula mentah dunia yang diimport oleh Malaysia. Walau bagaimanapun, kerajaan masih mengawal harga gula pada paras yang paling minimum jika dibandingkan dengan kenaikan di negara-negara lain.

Dengan kenaikan harga gula ini diharapkan dapat megurangkan penyakit Diabetes di Malaysia. Kepada pengguna, semoga dapat berjimat cermat dalam perbelanjaan ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa kini.

0 comment... add one now