iMASCU Semakan Syarat Kelayakan Kemasukan UPU

Semakan Syarat Kelayakan Kemasukan UPU. Berita baik buat lepasan SPM dan STPM tahun semasa. Anda boleh menyemak syarat kelayakan akademik yang ditawarkan di Universiti Awam (UA/ IPTA) melalui sistem semakan iMASCU. Sistem Semak Syarat iMASCU adalah Applikasi semakan yang telah dilancarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan UPU. Calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam melalui Permohonan UPU online kini boleh membuat semakan kelayakan dan memilih jurusan yang layak dipohon menggunakan sistem ini.

Semakan Syarat Kelayakan permohonan UPU imascu

Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU iMASCU Online

Sistem iMASCU adalah Sistem Semakan Syarat Kelayakan yang dapat membantu pelajar dalam menyemak syarat kelayakan permohonan UPU. Ianya termasuk semakan kelayakan pelbagai program pengajian di UA merangkumi Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Cara Membuat Semakan Kelayakan Menggunakan iMASCU

Berikut dikongsikan panduan ringkas/ penting bagaimana cara membuat semakan syarat kelayakan permohonan UPU melalui sistem semak syarat iMASCU.

Langkah Pertama

Langkah Seterusnya

Isikan maklumat yang diperlukan oleh sistem semakan. Diantara maklumat pelajar yang perlu diisi adalah :-
  1. No MYKAD (12 Digit)
  2. NAMA
  3. EMAIK
  4. NO TEL
  5. KATEGORI (STPM ATAU SPM)
  6. Isikan maklumat mata pelajaran dan keputusan peperiksaan
  7. Klik BUTTON SEMAK
  8. Sistem akan memaparkan kelayakan pemohon untuk memohon jurusan yang ada ditawarkan di UA
  9. Cetak

Nota Penting iMASCU

  1. Pelajar lepasan SPM dikehendaki untuk mengisi maklumat matapelajaran yang diambil beserta dengan gred yang diperolehi dalam peperiksaan SPM yang sebenar. Keputusan peperiksaan percubaan juga boleh digunakan untuk Fasa Pertama permohonan.
  2. Sama seperti lepasan SPM, pemohon lepasan STPM juga perlu mengisi senarai matapelajaran dan gred. Tambahan maklumat yang pelu diisi adalah keputusan SPM dan MUET.
  3. Semakan keputusan menggunakan sistem iMASCU akan berjaya dipaparkan selepas anda bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dipaparkan dalam mesej pengesahan Pop-Up. 
  4. Senarai UA/ Institusi yang pelajar layak memohon akan dipaparkan. Klik UA/ Institusi yang berkenaan untuk melihat program yang layak dipohon.

Semakan Syarat Kelayakan UiTM Dan Politeknik

Calon pelajar yang ingin memasuki UiTM dan Politeknik, anda boleh juga membuat semakan syarat kelayakan menggunakan sistem berikut :-

  1. Sistem Selangkah, Akademik ke UiTM
  2. e-Semak Politeknik

Semoga perkongsian iMASCU Semakan Syarat Kelayakan Kemasukan UPU ini bermanfaat buat semua pelajar. Diharao ianya boleh dijadikan panduan dalam memilih UA/ Institusi dan program pengajian yang bersesuaian untuk anda. Selamat membuat semakan syarat kelayakan iMASCU

0 comment... add one now