Pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

Pendaftaran Dan Syarat Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim. Berita baik dan hadiah istimewa buat rakyat Negeri Johor dari segi skim perumahan. Program perumahan untuk Bangsa Johor yang dinamakan "Rumah Impian Sultan Ibrahim" akan dilancarkan pada hari Rabu, 22 Mac 2017. Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar akan melancarkannya di Galeria Kotaraya. Johor Bahru. Lebih istimewa, pengumuman tentang projek Rumah Impian Sultan Ibrahim itu dibuat sempena menyambut hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke-59. Jadi apakah syarat pendaftaran rumah mampu milik ini?

daftar Rumah Impian Sultan Ibrahim

Tarikh Pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor

  • Hari : Rabu, 22 Mac 2017
  • Masa : 230 petang
  • Tempat : Galleria@Kotaraya

Cara Mendaftar Rumah Impian Sultan Ibrahim

  • Layari e-MOHON untuk Pra- Pendaftaran di Yayasan Sultan Ibrahim
  • Pra-Pendaftaran ini tidak boleh dianggap sebagai Pengesahan Tawaran
  • Pastikan nama, emel dan no.telefon anda adalah betul dan boleh dihubungi
  • Terdapat 3 lokasi yang ditawarkan iaitu di Bandar Dato' Onn, Jalan Yahya Awal dan Bandar Baru Majidee
  • Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar deposit RM1 untuk pinjaman penuh dengan skim pembayaran semula yang mudah.
tarikh dan lokasi daftar rumah bangsa johor

Syarat Pendaftaran

Di antara syarat-syarat layak memiliki rumah Bangsa Johor ini adalah seperti berikut. Syarat akan dikemaskini dari masa kesemasa.
  1. Warganegara Malaysia, menetap 5 tahun di negeri Johor dan berumur 18 tahun ke atas. (Keutamaan diberikan kepada BANGSA JOHOR)
  2. Pemohonan rumah buat kali pertama
  3. Taraf bujang atau telah berkahwin
  4. Satu permohonan bagi setiap pasangan yang telah berkahwin
  5. Pemohon atau pasangan yang masih belum memiliki rumah
Pendapatan isi rumah berdasarkan jenis rumah yang ditawarkan :-

Rumah Impian Bangsa Johor B

  • Harga rumah dari RM150,000 : Terbuka dan tertakluk kepada pemohon

Rumah Impian Bangsa Johor A

  • Harga rumah dari 100,001 hingga RM150,000. Pendapatan tidak lebih dari RM8,000 sebulan

Rumah Impian Sultan Ibrahim

  • Rumah berharga RM80,000 hingga RM100,000. Pendapatan tidak lebih dari RM5,000 sebulan

Fakta Menarik Rumah Impian Sultan Ibrahim dan Rumah Impian Bangsa Johor

Harga rumah dipasaran terlalu tinggi menyebabkan rakyat tidak mampu untuk memliliki kediaman sendiriDemi kebaikan rakyat, Yayasan Sultan Ibrahim di bawah naungan dan bimbingan Sultan Ibrahim Iskandar akan membangunkan Rumah Impian Sultan Ibrahim dan Rumah Impian Bangsa Johor. Ianya akan dibina di Bandar Dato’ Onn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana. Prapelancaran fasa pertama membabitkan 600 unit rumah akan disempurnakan pada hari Rabu, 22 Mac 2017.

A. Rumah Impian Sultan Ibrahim

Bagi Kategori Rumah Impian Sultan Ibrahim di Bandar Dato’ Onn, sebanyak 520 unit rumah akan dibina melibatkan komponen 190 unit rumah teres, 130 unit rumah berkembar dan 200 unit rumah sebuah. Projek akan dibina di atas tanah seluas 52.7 ekar, yang berharga dari RM80,000 hingga RM100,000 seunit.

B. Rumah Impian Bangsa Johor

Bagi Kategori Rumah Impian Bangsa Johor di Bandar Baru Majidee, sebanyak 320 unit rumah akan dibina terdiri daripada dua blok yang masing-masing mempunyai 12 tingkat kediaman. Projek ditawarkan dengan harga kurang dari RM150,000 seunit, dan akan dibina di atas tanah seluas 6.8 ekar.

Kerja-kerja pembinaan bagi kedua-dua kategori tersebut akan bermula pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2019.

Bagi Rumah Impian Bangsa Johor di Bukit Saujana pula, sebanyak 1,000 unit rumah ditawarkan dengan harga dari RM297,000 hingga RM420,000 seunit. Projek akan dibina di atas tanah rizab Melayu seluas 7.55 ekar dengan keluasan 850 kaki persegi, 1,000 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi per unit.

“Kesemua jenis kategori rumah akan turut dilengkapi kemudahan lain seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh dan ‘cook tap’,”  Sumber  Jauhar.my

Kepada Bangsa Johor yang berminat dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Rumah sendiri.

0 comment... add one now