Permohonan Program Asasi Sains UMK MARA 2017

Program Asasi Sains UMK MARA 2017 Online. Anda bercadang untuk melanjutkan pengajian peringkat tinggi anda? Berita baik buat lepasan SPM aliran Sains yang berminat untuk memohon Program Asasi Sains UMK MARA 2017 (Universiti Malaysia Kelantan). Kepada lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan, anda boleh membuat permohonan PASUMK 2017 melalui link applikasi permohonan di bawah ini. Syarat kemasukan juga ada dikongsikan untuk panduan pemohon.

Program Asasi Sains UMK MARA 2017

Permohonan Program Asasi Sains UMK MARA 2017

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan Asasi Sains UMK MARA tahun 2017. 

Syarat Kemasukan

  • Terbuka kepada semua pelajar bumiputera Warganegara Malaysia
  • Lepasan SPM berumur tidak melebihi 20 tahun pada masa permohonan

Kelayakan minimum

  • Kepujian (C) dalam Bahasa Melayu (BM), Bahasa English (BI) dan Matematik
3 Kepujian (C) dalam mana-mana mata pelajaran seperti berikut:
  • Sains
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains Pertanian
  • Biologi

Kursus Yang Ditawarkan

Program PASUMK menawarkan kursus yang berkaitan dengan sains. Terdapat tiga fakulti utama bagi program ini iaitu :-
  1. Fakulti Perubatan Veterinar (FPV)
  2. Fakulti Sains Bumi (FSB)
  3. Fakulti Industri Asas Tani (FIAT)

Kelebihan Memilih Program Asasi UMK

Diantara kelebihan mengikuti Program Asasi Sains UMK adalah seprti berikut :-
  1. Menjalani pengajian selama setahun (3 semester)
  2. Boleh memilih mana-mana ijazah sains di UMK termasuk Perubatan Veterinar tanpa perlu persaingan selepas tamat asasi
  3. Penekanan lebih kepada soft skills
  4. Tenaga pengajar yg berpengalaman dan terlatih
  5. Tempat tinggal disediakan
  6. Makan 5 kali sehari disediakan
  7. Elaun bulanan
Untuk keterangan lanjut dan untuk mendapatkan borang pendaftaran boleh ke laman web dibawah :-

  • Applikasi Permohonan :Klik UMK

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan kemasukan, sila ajukan pertanyaan kepada :-


Pengerusi Program Asasi Sains UMK-MARA
Universiti Malaysia Kelantan
Beg Berkunci No 100
17600 Jeli , Kelantan

Atau



Bahagian Pendtadbiran Akademik
Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Bachok, Beg Berkunci No. 01
16300 Bachok, Kelantan
Telefon : +609-7797010/ 7027
atau +609-9477019/ 7037
atau e-mel : akademik@umk.edu.my

dan



Unit Pusat Institusi MARA (UPIM), Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA

Selamat membuat Permohonan Program Asasi Sains UMK MARA 2017. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan seperti yang dihajatkan. 

1 comment... add one now

Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman 20 Mac, 2017
Oh dah boleh apply ye Asasi Sains?