Permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA 2017 Online

Permohonan MyTP MARA 2017 Online. Berita baik buat lepasan SPM 2016 yang memerlukan penajaan pendidikan. Untuk makluman, permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA Lepasan SPM 2016 (MyTP) kini telah dibuka. Dipetik dari makluman rasmi laman web MARA, permohonan MyTP (MARA Youth Talent Programme) boleh dibuat secara online.

cara mohon biasiswa mytp mara 2017

Permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA 2017 Online

MARA Young Talent Programme (MyTP) adalah khusus kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2016. Calon mestilah memiliki sahsiah diri terpuji dan jati diri yang tinggi sebagai peneraju modal insan ke arah menjayakan agenda transformasi negara di masa hadapan.

Keutamaan diberikan kepada pemohon dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah di Luar Bandar dan Bandar (B40 & M40). Inaya tertakluk kepada Dasar dan Syarat semasa MARA.

Tarikh Permohonan MyTP MARA 2017 Online

Permohonan adalah dibuka bermula pada hari Selasa, 21 Mac 2017 jam 5.00 petang hingga 26 Mac 2017, jam 10.00 malam. 

Untuk memohon, sila layari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my/ atau eSILA bagi membuat permohonan dan mendapatkan info berkaitan.

Maklumat Permohonan Pelajar Cemerlang MARA 2017

  • Mempunyai sikap diri yang positif.
  • Memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan.
  • Pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri MARA Student Assessment Centre (MSAC).
  • Lulus semua peringkat saringan yang ditetapkan semasa menjalani penilaian di MSAC.
  • Semakan panggilan untuk menghadiri MSAC boleh disemak dari semasa ke semasa dalam laman web MARA.
  • Keputusan adalah muktamad. Pelajar hendaklah menerima tawaran kursus dan tempat pengajian yang ditentukan oleh MARA.
  • Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.
  • Garis panduan permohonan
  • Senarai program yang ditawarkan
  • Soalan lazim permohonan, Klik FAQ 

Syarat Umum Permohonan

Berikut adalah syarat permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA 2017 :-
  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  2. Ibu, bapa dan penjaga serta pelajar tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  4. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.
  5. MARA berhak untuk membuat sebarang pindaan dasar tajaan dari semasa ke semasa

Syarat Khusus

  1. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 pada kali pertama.
  2. Memenuhi syarat kelayakan khusus program seperti yang diiklankan

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-
  • Telefon : : 03-2613 2043 / 32108 / 32065 / 32098
  • Email : postspm@mara.gov.my
  • Facebook : PostspmMARA

Waktu Urusan 

  • Isnin hingga Khamis : (9.00 pagi – 1.00 tengah hari, 2.00 petang – 4.30 petang)
  • Jumaat : (9.00 pagi – 12.15 tengah hari, 2.45 petang – 4.30 petang)
  • Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am (Cuti)

Selamat membuat permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA 2017 atau MyTP. Semoga anda berjaya mendapatkan penajaan pendidikan tinggi anda.

0 comment... add one now