Semakan Keputusan SPM 2016 Online Dan SMS

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2016 Diumumkan. Bagaimana cara semak keputusan SPM 2016? Pelajar Tingkatan 5 pasti menunggu dengan penuh debar result keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka. Untuk tahun 2016, peperiksaan bertulis SPM telah dijalankan bermula dari 7 November hingga 6 Disember 2016. Tarikh rasmi Semakan Keputusan SPM 2016 secara Online Dan SMS adalah pada hari Khamis, 16 Mac 2017 jam 1000 pagi menerusi kenyataan media KPM


Keputusan SPM 2016 Online

Cara Semak Keputusan SPM 2016 Online Dan SMS

Keputusan SPM pada tahun 2015 telah diumumkan pada 3 Mac 2016 dimana pada tahun 2014 ianya juga telah diumumkan pada 3 Mac 2015.
Tarikh rasmi telah diumumkan di media massa dan juga di Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan atau E-Perkhidmatan Berkala dan juga di Lembaga Peperiksaan Malaysia. Tarikh semakan result SPM untuk tahun 2016 diumumkan adalah pada hari Khamis, 16 Mac 2017.
Berikut disertakan cara-cara membuat semakan keputusan SPM 2016 melalui online dan SMS selepas pengumuman tarikh rasmi oleh KPM. 

Semoga pelajar yang menduduki peperiksaan SPM akan mendapat keputusan yang cemerlang bagi membolehkan untuk memohon kemasukan ke IPTA melalui Permohonan UPU 2017 Ke IPTA, Politeknik dan ILKA.


Cara Mendapatkan Result SPM 2016

Berikut dikongsikan tatacara biasa dalam mendapatkan atau membuat semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2016. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa kesemasa:-
  • Calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada 16 Mac 2017 (Khamis)

Semakan Online

  • Semakan keputusan SPM (Ringkasan Keputusan) boleh di buat secara online di SPPAT atau Lembaga Peperiksaan Malaysia
  • Link terkini akan dikemaskini dari masa kesemasa

Calon Persendirian

  • Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu

Semakan Keputusan SPM Melalui SMS

  • Semakan melalui SMS. KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui mySMS 15888
Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K.P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
semakan keputusan spm melalui sms

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2016 Diumumkan

Merujuk kepada Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tarikh rasmi semakan keputusan SPM adalah pada 16 Mac 2017 (Khamis).

Kenyataan Media KPM

Berikut dikongsikan kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan semakan result SPM buat rujukan ibu bapa dan pelajar :-


tarikh rasmi keputusan spm 2016 kpm

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2015

Berikut adalah analisis keputusan peperiksaan SPM tahun 2015. Dimana seramai 9,721 orang calon mendapat keputusan yang cemerlang (Gred A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran. Namun ianya menurun 0.25 peratus berbanding 11,289 calon pada tahun 2014. Indeks Gred Purata Nasional (GPN) 2015 turut mencatatkan penurunan 0.07 kepada 5.15 berbanding 5.08 pada 2014. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik.   

Penurunan juga dipengaruhi jumlah calon yang menduduki SPM 2015 yang lebih rendah iaitu 440,682 calon berbanding 455,839 calon pada tahun 2014. Faktor yang turut menyumbang kepada penurunan calon yang mendapat keputusan cemerlang dan GPN ialah perubahan dalam format soalan. Sekarang terdapat soalan aras tinggi berbanding sebelum ini, yang soalan sekarang memerlukan kemahiran berfikiran secara kreatif.

Indeks GPN

Berdasarkan analisis keputusan, Indeks GPN menunjukkan penurunan iaitu dari 4.93 pada tahun 2013 kepada 5.08 (2014) dan 5.15 (2015). Jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar mengecil 0.05 iaitu 0.50 pada 2015 berbanding 0.55 pada 2014. 

Semoga Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2016 Diumumkan ini dapat membantu pelajar dalam merancang dalam mempersiapkan permohonan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah kepada pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM kali ini.

0 comment... add one now