Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah. Tajuk Kerja kursus Sejarah PT3 kini telah diumumkan. Apakah tajuk tugasan Sejarah PT3 tahun 2017? Tahun lepas ianya berkaitan bangunan bersejarah. Untuk tahun ini, pelajar PT3 Tingkatan 3 dikehendaki untuk membuat kajian tentang "satu peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda". Berikut dikongsikan maklumat tugasan untuk panduan pelajar yang terlibat dengan tugasan kerja kursus Sejarah PT3 2017 ini. Ianya merangkumi perkongsian contoh jawapan Peristiwa Bersejarah.

contoh jawapan tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

Soalan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

Berikut adalah maklumat penting berkaitan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017. Petikan berikut menerangkan konsep perisitiwa bersejarah.
Perisitiwa bersejarah mempunyai fakta yang tepat dan bermakna kepada masyarakat setempat dan negara kita. 
Sumber : Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, Tahun 2003

Arahan Tugasan Sejarah PT3 2017

Anda dikehendaki membuat kajian tentang satu peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut :-

a) Tajuk Kajian 
b) Nama penulis 
c) Isi kandungan 

  • i) Pengenalan - menjelaskan latar belakang persitiwa bersejarah di tempat anda ii) Menerangkan faktor berlakunya perisitiwa bersejarah 
  • iii) Menerangkan perisitiwa bersejarah secara kronologi
  • iv) Menilai kesan/ impak perisitiwa bersejarah terhadap diri sendiri, masyarakat setempat dan negara 
  • v) Menjelaskan iktibar yang diperolehi dari[ada perisitiwa bersejarah 

d) Rumusan 
e) Sumber Rujukan 
f) Membentangkan kaporan hasil kajian

Panduan Dan Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

Berikut dikongsikan panduan membuat tugasan dan contoh jawapan yang mengandungi perkara seperti objektif kajian, kaedah kajian, proses awal termasuk pengenalan, latar belakang dan kronolgi. 



Selamat membuat tugasan Sejarah PT3 2017. Semoga berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

0 comment... add one now