Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2017/ 2018 Online

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2017/ 2018 Online. Perhatian buat pelajar SPM 2016 yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi KPM Kementerian Pendidikan Malaysia sesi kemasukan 2017/ 2018. Anda pasti berdebar-debar menunggu keputusan tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi. Semakan tawaran keputusan Matrikulasi KPM mereka yang berjaya akan dikeluarkan dalam masa 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2016 diumumkan secara rasmi. Pada tahun lepas, keputusan Matrikulasi telah diumumkan pada 14 April 2016. 

  • Semakan keputusan Matrikulasi 2017/ 2018 akan diumumkan pada hari Khamis, 27 April sehingga 11 Mei 2017. Tahun lepas pada hari Khamis, 14 April 2016 bermula 1200 tengahari)
  • Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2017 klik KPM 
  • Semakan Keputusan UPU ke UA SESI 2017/ 2018 Online Klik SEMAKAN UPU 2017

Semakan Matrikulasi 2017

Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 Online

Berikut dikongsikan cara membuat semakan Matrikulasi 2017 secara online dan SMS meliputi tarikh semakan, applikasi online dan rayuan matrikulasi 2017. Pelajar adalah disarankan utuk merujuk kepada Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan tarikh semakan terkini. 

Berikut adalah cara-cara membuat semakan tawaran keputusan Matrikulasi 2017 secara online dan SMS :- 

1. Semakan Online

  • Tarikh semakan tawaran Matrikulasi 2017 : Khamis, 27 April hingga 11 Mei 2017
  • Tahun lepas pada 14 April 2016 (Khamis) bermula 1200 tengahari sehingga 11.59 malam, 28 April 2016).
  • Link applikasi semakan : KLIK TAWARAN MATRIKULASI
  • Tarikh pendaftaran bagi pelajar baru sesi 2017/ 2018 adalah pada 5 Jun 2017 (10 Ramadan 1438H). Tarikh pendaftaran tertera dengan jelas pada surat tawaran
  • Pemohon perlu melayari laman sesawang semakan kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.

2. Semakan Melalui SMS

Tawaran Matrikulasi boleh juga disemak melalui Semakan SMS dengan menaip:-

  • MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888 
  • *Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan

3. Panggilan Telefon

Pemohon boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau bantuan di 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 

Rayuan Matrikulasi 2017 Online

Permohonan Rayuan boleh dilakukan secara online bermula dari 27 April 2017. Tahun 2016 pada 14 hingga 27 April 2016. Rayuan boleh dibuat sebaik sahaja anda mengetahui anda tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM. Rayuan Matrikulasi boleh dibuat melalui kaedah berikut :-

1. Rayuan Secara Online

Sila rujuk Rayuan Matrikulasi sebagai panduan. Applikasi rayuan : Klik applikasi sama semakan keputusan Matrikulasi 

2. Datang Ke Bahagian Matrikulasi

Pemohon boleh datang sendiri bersama salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk membuat rayuan. 

3. Tulis Surat Rayuan Kemasukan Matrikulasi

Pemohon boleh menulis surat permohonan rayuan secara rasmi seperti contoh surat rayuan Matrikulasi di SURAT RAYUAN. Pemohon perlu melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan. 

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2017

Pemohon yang merayu boleh membuat semakan keputusan rayuan Matrikulasi 2017 pada :-
  • 8 Jun 2017 bermula 1200 tengahari (tahun lepas pada 18 Jun 2016)
  • Pendaftaran pelajar rayuan adalah pada 13 Jun 2017 (Tahun lepas pada 24 Jun 2016)

Soalan Lazim (FAQ) Kemasukan Matrikulasi Dan Cara Hubungi

Soalan lazim atau FAQ mengenai tawaran Matrikulasi boleh dirujuk di MOE. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.  

Selamat membuat semakan Matrikulasi 2017. Diucapkan selamat berjaya buat semua pemohon kemasukan ke Matrikulasi sesi 2017/ 2018. Moga and berjaya mendapat tawaran kemasukan yang diinginkan.

1 comment... add one now

raihanah raihanah 17 April, 2017
mudah sekarang nak semak, ada macam2 cara