Keputusan Liga Hoki Dunia 2017 Separuh Akhir

Jadual Dan Keputusan Liga Hoki Dunia 2017 Pusingan Separuh Akhir. Mampukah pasukan Hoki Malaysia melayakan diri ke pusingan akhir Liga Hoki Dunia? Semuanya akan terjawab apabila skuad Malaysia kendalian jurulatih Stephen Van Huizen akan beraksi pada Kejohanan Liga Hoki Dunia Pusingan separuh Akhir di London bermula dari 15 Jun sehingga 25 Jun 2017. 

Sebanyak 20 pasukan akan bersaing untuk merebut 7 slot ke Pusingan Akhir Liga Hoki Dunia. Pusingan separuh akhir juga dianggap sebagai pusingan kelayakan ke kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 di mana pasukan tangga ke 10/11 akan layak selain tuan rumah dan pasukan dari juara benua. 

Perlawanan melibatkan Malaysia akan disiarkan secara langsung ke kaca TV anda melalui saluran Astro Arena 801/ 802 HD.

jadual dan keputusan Keputusan Liga Hoki Dunia Separuh Akhir

Jadual Dan Keputusan Liga Hoki Dunia 2017 Pusingan Separuh Akhir 

Berikut dikongsikan maklumat kejohanan Liga Hoki Dunia 2017 Pusingan Separuh Akhir melibatkan pasukan negara. Malaysia diletakkan dalam kumpulan A dan beraksi di London. Pasukan lain adalah pasukan tuan rumah, England, Argentina, Korea Selatan dan China. 4 pasukan teratas akan layak ke peringkat suku akhir. Kumpulan B pula mengandungi pasukan Belanda, India, Kanada, Scotland dan Pakistan

Satu lagi siri kejohanan separuh akhir melibatkan 10 lagi pasukan akan diadakan di Johannesburg, Afrika Selatan dari 9 hingga 23 Julai 2017. Pasukan yang bersaing adalah Australia, New Zealand, Sepanyol, Jepun dan Perancis di Kumpulan A. Jerman, Belgium, Afrika Selatan, Ireland dan Mesir melengkapkan pasukan di Kumpulan B.

Berikut adalah jadual dan keputusan perlawanan melibatkan Malaysia di Kejohanan Liga Hoki Dunia 2017 London pusingan separuh akhir. Jadual mengandungi masa dan tarikh perlawanan (waktu Malaysia) beserta keputusan penuh perlawanan.

17 Jun 2017 (300 pagi)

  • Argentina vs Malaysia : 5 - 2 (ARG : Peillat 4, 11, 40, 47 & Callioni 49 dan MAS : Shahril Saabah 7 & Tengku Ahmad Tajuddin 18)

17 Jun 2017 (1100 malam)

  • England vs Malaysia : 7 - 3
  • ENG : Middleton min 5 & 34, Griffiths min 8, Ward min 32 & 51, Gleghorne min 39 & 55. MAS : Faizal Saari min 19 & min 57, Tengku Ahmad Tajuddin min 28

20 Jun 2017 (100 pagi)

  • Korea Selatan vs Malaysia : 0 - 1 (Razie Rahim min 35)

21 Jun 2017 (100 pagi)

  • China vs Malaysia : 1 - 5 
  • MAS : Faizal Saari min 2, Najmi Jazlan min 12, Razie Rahim min 19, min 27 & Fitri Saari min 51
  • CHN : DU Talake min 43

Suku Akhir

22 Jun 2017 8:15 malam
  • Argentina vs Pakistan : 3 - 1
10:30 malam (Live Astro Arena)
  • India vs Malaysia : 2 - 3. Malaysia layak ke separuh akhir bertemu Argentina
  • IND : Ramandeep Singh min 24 & 26 dan MAS : Razie Rahim min 19 & 48, Tengku Ahmad Tajuddin min 20
23 Jun 2017 00:45 pagi
  • England vs Kanada : 4 - 2
03:00 pagi
  • Belanda vs China : 7 - 0

Klasifikasi Tempat Ke 9 dan 10

22 Jun 2017 (6:00 petang) 
Korea Selatan vs Scotland : 6 - 3

Klasifikasi Tempat Ke 5 dan 8

24 Jun 2017 (04:30 petang) : Pakistan vs India : 1 - 6
6:45 petang : Kanada vs China : 7 - 3

Klasifikasi Tempat Ke 7 dan 8

25 Jun 2017
09:30

Pakistan vs China : 3 - 1

Klasifikasi Tempat Ke 5 dan 6

25 Jun 2017
11:45
India vs Kanada : 2 - 3

Klasifikasi Tempat Ke 1 dan 4

Semifinal

24 June 2017 (9:00 malam)
Argentina vs Malaysia : 2 - 1

24 Jun 2017 (11:15 malam)
England vs Belanda : 0 - 2

Klasifikasi Tempat Ke 3 dan 4

25 June 2017
9:00 malam
Malaysia vs England : 1 - 4

Final

25 June 2017
11:15 malam
Argentina vs Belanda : 1 - 6

Untuk maklumat lanjut jadual dan keputusan penuh kejohanan Liga Hoki Dunia 2017, sila klik FIH Hockey World League.
  
Adalah menjadi harapan agar pasukan Malaysia dapat beraksi dengan baik pada kejohanan Liga Hoki Dunia 2017 pusingan Separuh Akhir sekaligus menempah tiket ke Pusingan Akhir nanti.

0 comment... add one now