Permohonan Tabika Kemas 2018 Dan Taska

Cara Daftar Kemasukan Ke Tabika Kemas Dan Taska Kemas 2018. Berminat untuk menghantar anak anda ke Tabika Kemas? Perhatian dan panduan buat ibu bapa dan penjaga anak-anak. Melalui makluman Facebook KEMAS, adalah dimaklumkan yang Pendaftaran Kemasukan ke Tabika dan Taska KEMAS 2018 kini di buka. Permohonan Kemasukan ke Tabika dan Taska adalah bermula dari bulan Julai hingga November 2017.

Permohonan kemasukan anak ke KEMAS adalah dibuka untuk anak-anak yang berusia 5 - 6 tahun. Pemohon perlu mengisi borang permohonan/ pendaftaran KEMAS yang dikongsikan di bawah ini. Iaitu TABIKA (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) dan TASKA (Taman Asuhan Kanak-Kanak).

pendaftaran Tabika Dan Taska Kemas 2018

Borang Permohonan Tabika Dan Taska Kemas 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan Tabika dan Taska Kemas tahun 2018 meliputi muat turun borang pendaftaran. Pemohon perlu menyediakan dokumen seperti yang tertera di borang permohonan KEMAS.

Download Borang

Syarat Kemasukan TABIKA 2018

Berikut adalah syarat kemasukan kanak-kanak ke Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) 2018

  • 1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja.
  • 2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  • 3. Permohonan kemasukan ke Tabika KEMAS tahun 2018 akan dibuka mulai Julai hingga November 2017.
  • 4. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portak Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
  • 5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai
  • 25 orang sahaja.
  • 6. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang
  • berkaitan hendaklah dihantar terus ke Tabika KEMAS yang berdekatan.
  • 7. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapan
  • Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
  • 8. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan November 2017.

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran :-

  • 1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  • 2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  • 3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  • 4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  • 5. Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

Syarat Kemasukan TASKA 2018


Kepada ibu bapa dan penaga, jom daftar anak anda ke Tadika dan Taska KEMAS secepat mungkin. Selamat membuat Permohonan Tabika Dan Taska Kemas 2018. Semoga permohonan pendaftaran anda nanti berjaya.

0 comment... add one now