Semakan Keputusan Permohonan Murid Tahun 1 2018 Online

Semakan Keputusan Permohonan Ke Tahun 1 2018 Online. Perhatian buat ibu bapa/ penjaga yang telah membuat pendaftaran atau permohonan kemasukan anak mereka ke Tahun 1 Ambilan 2018. Melalui makluman SPS - Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT), adalah dimaklumkan yang semakan keputusan permohonan murid ke Tahun 1 Ambilan 2018 boleh disemak secara online. 

Tarikh semakan adalah bermula dari 16 Julai 2017 untuk negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang. Untuk negeri-negeri lain, semakan keputusan boleh dibuat pada 1 Ogos 2017.

Semakan Keputusan ke Tahun 1 2018 Online

Semakan Keputusan Permohonan Ke Tahun 1 Ambilan 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting untuk ibu bapa atau penjaga dalam membuat Semakan online Keputusan Permohonan Murid Tahun 1 ambilan 2018:- 
  • Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang : Tarikh semakan mulai 16 Julai 2017 
  • Negeri-negeri lain : Tarikh semakan pada 1 Ogos 2017

Semakan boleh dibuat secara online dengan melayari Laman Semakan SPAT dan ikuti langkah seperti berikut :- 

  • LOG MASUK - TAHUN 1 - SEMAK PERMOHONAN 

Untuk makluman, permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 telah dibuka pada 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia kecuali Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan yang melalui sekolah secara manual.

Selamat membuat semakan dan semoga anak anda berjaya dalam permohonan ke Tahun 1 ambilan 2018. 

0 comment... add one now