Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 Di Malaysia

Tarikh Hari Raya Haji Atau Aidiladha 2017 Di Malaysia. Bila tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia pada tahun 2017? Merujuk kepada Kalendar Islam 1438H/ 1439H yang telah dikeluarkan oleh JAKIM, Hari Raya Aidiladha atau Raya Haji akan disambut di Malaysia pada tarikh 1 September 2017 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1438 Hijrah. Pengumuman rasmi akan dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 22 Ogos 2017. Tahun lepas pada 1 September 2016. 

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidiladha/ Hari Raya Haji akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di radio dan TV di Malaysia. Untuk makluman, tarikh Hari Raya Aidiladha adalah merupakan cuti umum di Malaysia.

Hari Raya haji 2017

Tarikh Sambutan Hari Raya Aidiladha 2017 Di Malaysia

Berikut dikongsikan Tarikh Penting Hari Raya Aidiladha 2017 Di Malaysia yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.
  • Tarikh Hari Raya Aidil Adha : 1 September 2017 (Hari Jumaat) - Tarikh rasmi
  • 1 Zulhijjah bersamaan dengan 23 Ogos 2017
  • 10 Zulhijjah bersamaan dengan 1 September 2017


Tarikh Hari Raya haji 2017

Hari Raya Aidiladha

Bahasa Arab ianya bermaksud 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji. Ianya merupakan salah satu perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal diseluruh dunia. 

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Perayaan Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha merupakan satu perayaan yang istimewa kerana ianya merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. 

Semoga perkongsian Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 Di Malaysia ini bermanfaat buat semua. Ianya boleh dijadikan panduan dalam merancang cuti atau perjalanan balik kampung. Selamat Hari Raya Haji 2017.

0 comment... add one now