Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD Online

Permohonan Kemasukan Khas Ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Online. Berita baik seperti yang dikongsikan dari Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Permohonan.my. Berikut dikongsikan makluman penting berkaitan Iklan Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD. Penjawat Awam adalah dijemput untuk menyertai Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. 

Permohonan adalah di kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP) / Perkhidmatan Awam Negeri (PAN) / Badan Berkanun (yang menggunapakai sistem saraan Kerajaan) Gred 41 dan ke atas yang sedang berkhidmat secara tetap atau kontrak.

Permohonan Skim Perkhidmatan Pegawai tadbir dan diplomatik Online

Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD Secara Online

Kepada penjawat awam yang berminat dan berkelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Kemasukan Khas Ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD). Antara maklumat yang dikongsikan termasuk applikasi serta cara buat permohonan, deskrispi tugas, syarat kelayakan dan permohonan. 

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) 

  1. Skim Perkhidmatan : Pegawai Tadbir dan Diplomatik 
  2. Kumpulan : Pengurusan dan Profesional & Pengurusan Tertinggi 
  3. Gred Jawatan : M41 sehingga JUSA C 
  4. Status Jawatan : Tetap 

Syarat Lantikan Dan Kemasukan Permohonan Khas PTD

Berikut adalah syarat lantikan dan kemasukan PTD :-
  1. Warganegara Malaysia; 
  2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun di skim perkhidmatan semasa; 
  3. Memperolehi Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini 90% dan ke atas ATAU penilaian kompetensi yang setara; 
  4. Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 3.00 atau setara; 
  5. Bebas dari sebarang tindakan tatatertib;
  6. Memiliki tahap kecergasan fizikal, mental dan tingkahlaku (karakter) yang bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan;
  7. Mendapat perakuan dan pelepasan daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan; dan h) hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Persediaan PTD selama sepuluh (10) bulan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). 

Deskripsi Tugas PTD

Tugas PTD adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. 

Cara Memohon

Pemohon perlu membuat Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD melalui laman web JPA (www.jpa.gov.my) atau SPA (www.spa.gov.my). 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Ogos 2017 (Jumaat) 

Sumber JPA

Selamat membuat Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD buat penjawat awam yang berkelayakan. Semoga permohonan kemasukan anda berjaya nanti.

0 comment... add one now