Semakan Keputusan SPMU 2017 Online Dan SMS

Tarikh Semakan Keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2017 Online Dan SMS. Perhatian buat pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada bulan Jun 2017 yang lalu. Untuk makluman dan rujukan, tarikh keputusan peperiksaan SPMU tahun 2017 akan diumumkan pada hari Khamis, 24 Ogos 2017. Semakan keputusan SPMU 2017 untuk ringkasan keputusan boleh disemak secara SMS. 

Link semakan secara online akan dikongsikan jika disediakan. Ringkasan keputusan boleh disemak bermula dari jam 10:00 pagi 24 Ogos sehingga 30 Ogos 2017. Mata pelajaran yang ditawarkan pada peperiksaan SPMU adalah Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik.


semakan spmu 2017 online

Semakan Keputusan SPMU 2017 Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan SPMU tahun 2017 yang memaparkan tarikh keputusan diumumkan dan cara membuat semakan. 

  • Tarikh Semakan SPMU 2017 : 24 Ogos (Khamis) bermula jam 1000 pagi sehingga 30 Ogos 2017
  • Slip keputusan penuh SPM Ulangan 2017 : Slip calon pelajar akan diposkan ke alamat rumah calon, atau anda  boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat calon mendaftar peperiksaan SPMU 

Semakan Keputusan SPMU Online 

Link semakan akan dikongsikan jika ada disediakan

Cara Semak Keputusan SPMU 2017 Melalui SMS

Calon SPMU 2017 boleh membuat semakan keputusan SPM Ulangan 2017 melalui kaedah SMS. Perkhidmatan mySMS akan diaktifkan bermula dari jam 10:00 pagi 24 Ogos dan berakhir pada 6:00 petang 30 Ogos 2017. 

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU 2017 melalui kaedah SMS: 

  • Taipkan: SPMU<jarak>No Kad Pengenalan<Jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888
  • Contoh: SPMU 950101140001 WY198A123 Hantarkan SMS ke 15888 



Semakan Keputusan SPM ulangan 2017 melalui sms

Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan oleh semakan trafik yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Selamat membuat Semakan Keputusan SPMU 2017 Online Dan SMS. Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM Ulangan kali ini.

0 comment... add one now