Kemaskini BR1M 2018 Dan Permohonan Baru Online/ Manual

Pendaftaran Baru Dan Kemaskini BR1M 2018 Online. Hendak mohon BR1M 2018? Bilakah tarikh pendaftaran dan kemaskini BR1M 2018Makluman kepada mereka yang layakBorang permohonan BR1M 2018 untuk permohonan/ pendaftaran baru dan kemas kini BR1M untuk mereka yang layak dan penerima sediada akan dibuka bermula dari tarikh 27 November sehingga 31 Disember 2017.

Pada tahun lepas ianya telah dilanjutkan sehingga 13 Januari 2017. Menerusi pamplet yang diedarkan oleh LHDN, tarikh permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 boleh dibuat secara online dalam talian atau secara manual. Diingatkan yang Aplikasi BR1M Dalam Talian adalah tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
Tarikh Pendaftaran baru dan kemaskini BR1M 201adalah dari 27 November sehingga 31 Disember 2017. Semak status permohonan BR1M anda di BR1M / Waktu operasi kaunter BR1M 2018 klik Jadual Pembukaan
Permohonan dan Kemaskini BR1M 2018 online

Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2018 Online

Untuk makluman, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank bagi membolehkan urusan pembayaran BR1M. Permohonan baru pula perlu mendaftar. Sumber Permohonan.my

1. Online

Untuk permohonan baru BR1M 2018 dan kemaskini secara atas talian, pemohon perlu melayari Portal Rasmi e-BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my/

Permohonan Baru
  1. Pilih menu PERMOHONAN BARU
  2. Sila masukkan NO.KAD PENGENALAN
  3. Klik butang HANTAR
Kemaskini
  1. Pilih menu MyBR1M
  2. Sila masukkan NO.KAD PENGENALAN
  3. Klik butang Log Masuk
Nota
A. Borang permohonan akan dipaparkan jika data belum wujud.
B. Jika no MyKad tidak wujud pada data JPN, kotak mesej berikut akan dipaparkan.
  • No Kad Pengenalan Tidak Sah. Sila hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berhampiran dengan membawa dokumen asal sijil lahir dan pengenalan tuan
C. Jika data telah wujud, kotak mesej berikut akan dipaparkan. Pemohon perlu mengambil tindakan lanjut di menu KEMAS KINI PERMOHONAN di Laman MyBR1M
  • Permohonan telah wujud dengan No MyKad : XXXXXXXXXX Sila ambil tindakan di menu Kemas Kini Permohonan di Menu MyBR1M
Maklumat lanjut dan panduan sila klik
  1. Panduan Pengguna Permohonan BARU
  2. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M
  3. Panduan semakan klik Manual pengguna MyBR1M

2. Manual

Permohonan baru dan pengemaskinian borang boleh juga dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2018 secara percuma di link download di bawah ini :-

Borang  BR1M  2018 yang  telah lengkap diisi boleh dihantar di kaunter-kaunter berikut:
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
  • Pejabat Daerah/ Pejabat Residen

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima. Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
  1. Pengenalan (MyPR / MyKid / Pasport / Sijil Lahir)
  2. Sijil perceraian pemohon / sijil kematian pasangan bagi pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Sijil perceraian / sijil kematian ibu atau bapa tanggungan dan sijil lahir tanggungan (bagi kategori bujang ada tanggungan) 

SYARAT KELAYAKAN BR1M 2018

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon dan menerima BR1M :-
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Kemukakan Salinan

Pemohon perlu mengemukakan senarai dokumen seperti berikut semasa memohon :-
  1. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  2. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  4. Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  5. Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi talian hotline BR1M 2018 di bawah ini.


TALIAN HOTLINE LHDNM 1-800-88-2716 (BR1M)
TALIAN HOTLINE KEMENTERIAN KEWANGAN 03-8882 4565 / 03-8882 4566

BR1M 2015 Online

SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BR1M 2018

Untuk makluman, berikut adalah senarai bank yang terlibat dalam pembayaran BR1M 2018.

BILNAMA BANK
1AFFIN BANK
2AGRO BANK
3ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
4AM BANK BERHAD
5AL RAJHI BANK
6BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
7BANK RAKYAT
8MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
9BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
10CIMB BANK BERHAD
11CITIBANK BERHAD
12HONG LEONG BANK
13HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
14MAYBANK
15OCBC BANK
16PUBLIC BANK BERHAD
17RHB BANK BERHAD
18STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
19UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Semoga panduan Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2018 Online ini bermanfaat buat semua. Maklumat akan dikemaskini dari masa kesemasa. Pemohon disarankan untuk merujuk kepada Laman Web eBR1M untuk mendapatakan maklumat yang terkini.

0 comment... add one now