Semakan UKSBP 2018 Online Ujian Kemasukan

Semak Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2018 Secara Online.  Bagaimana cara membuat semakan kelayakan menduduki serta pusat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2018? Ujian Kemasukan SBP merupakan satu ujian saringan yang baru diperkenalkan pada ambilan tahun 2018. Pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 dan 4 ambilan tahun 2018 perlu membuat semakan UKSBP iaitu keputusan kelayakan menduduki UKSBP dan atau pusat ujian pada tarikh 30 November 2017. 

UKSBP akan diadakan  dari 11 hingga 15 Disember 2017 untuk Fasa 1. Untuk fasa 2 adalah untuk pelajar rayuan. UKSBP adalah penting disamping perlu melepasi syarat kemasukan ke SBP dimana ianya adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada murid yang terpilih sahaja. Mereka yang berjaya dalam UKSBP mempunyai peluang cerah untuk mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh. 

Cara Semak Kelayakan Menduduki UKSBP 2018

Cara Semak Kelayakan Menduduki UKSBP 2018 Secara Online

Prosedur pemilihan baru untuk kemasukan SBP ambilan tahun 2018 dengan memperkenalkan UKSBP diharap mampu melahirkan murid yang seimbang dalam semua aspek termasuk akademik, sahsiah diri dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti. 

Semakan UKSBP 2018 Keputusan Kelayakan Menduduki Ujian Kemasukan SBP Online

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting berkaitan semakan kelayakan menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) atau calon layak menduduki UKSBP. 

Tarikh Dan Applikasi Semakan UKSBP 2018

  • Calon boleh membuat semakan pada 30 November 2017 sehingga 15 Disember 2017 
  • Applikasi : Klik Semakan Layak Menduduki UKSBP 
  • Soalan adalah berasaskan IQ, EQ, SQ dan pengetahuan am. Sila bawa kad pengenalan pemohon dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak dari laman sesawang KPM
Maklumat lanjut, sila rujuk FAQ Permohonan SBP 2018

Tarikh Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2018 adalah seperti berikut :-
  1. 11 hingga 14 Disember 2017 di semua negeri kecuali Negeri Selangor pada 12 hingga 15 Disember 2017. 
  2. UKSBP akan dijalankan di 69 pusat iaitu di semua SBP. 
  3. Kementerian Pendidikan Malaysia akan meluaskan pusat ujian pada tahun akan datang. 

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Fasa 2 Tahun 2018

Fasa 2 UKSBP adalah untuk kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu (1) SBP (Rayuan). UKSBP akan dilaksanakan pada 23 dan 24 Januari 2018 bagi calon yang belum menduduki ujian tersebut. Semakan dalam talian Pusat Ujian akan dibuka mulai 20 Januari 2018 hingga 24 Januari 2018.

Diucapkan selamat membuat Semakan UKSBP 2018 Online Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh. Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya dalam Semakan Ujian Kelayakan Menduduki UKSBP. Anda selangkah lagi untuk berjaya dalam permohonan SBP 2018.

0 comment... add one now