Senarai Bentuk Hukuman Yang Dilarang KPM

Bentuk Hukuman Yang Dilarang Oleh Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM). Tugas/ tanggungjawab sebagai seorang guru/ pendidik kini semakin mencabar dalam mendidik anak bangsa pada masa kini. Antara cabaran seorang guru adalah dalam mengatasi masalah disiplin pelajar yang makin sukar dibendung pada masa kini. Tidak termasuk campur tangan ibu bapa yang menyebelahi anak mereka walaupun melakukan kesalahan. Berikut dikongsikan Senarai Bentuk Hukuman Yang Dilarang KPM untuk dibuat oleh guru ke atas murid. 

Senarai ini dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berdasarkan maklumat unit disiplin KPM. Ianya dibahagikan kepada dua, pertama hukuman berbentuk fizikal manakala satu lagi hukuman terhadap mental dan emosi. 

Senarai Bentuk Hukuman Yang Dilarang Oleh KPM

Berikut adalah senarai-senarai hukuman yang tidak boleh dikenakan oleh guru ke atas murid yang bersalah atau tidak.

Hukuman Terhadap Fizikal 

  1. Berdiri lama di tengah panas 
  2. Lari keliling padang 
  3. Berdiri lama dalam/ luar bilik darjah 
  4. Memukul diri sendiri/ sesama sendiri 
  5. Berdiri di atas kerusi atau meja 
  6. Menarik rambut atau telinga 
  7. Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris 
  8. Junjung kerusi atau buku 
  9. Cubit/ enjut/ ketuk ketampi/ mendada/ ketuk/ sekel kepala 


Hukuman Terhadap Mental Dan Emosi 

  1. Gunting rambut 
  2. Berdiri membuat latihan 
  3. Berleter 
  4. Gantung tulisan di badan 
  5. Memalukan di khalayak ramai 
  6. Kelas tahanan pada waktu rehat 
  7. Memaki hamun 
  8. Conteng muka dengan kapur 
  9. Koyak Buku Latihan 
  10. Mengugut atau mengertak murid 
  11. Tidak menghiraukan murid 
  12. Tidak menanda buku latihan
 Hukuman Yang Dilarang Oleh KPM buat guru ke atas murid
Dari senarai hukuman yang dinyatakan diatas, hampir kesemua murid dulu-dulu pernah merasainya hukuman tersebut. Hukuman diatas adalah perkara biasa buat mereka. Keadaan kini berubah dan apa yang paling penting, ibu bapa hendaklah mengawal disiplin anak-anak mereka di sekolah dan luar sekolah dalam mengelakan perkara tidak diingini.

0 comment... add one now