Deskripsi Tugas Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

Senarai Tugas, Gaji Dan Kelayakan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19. Perhatian buat lepasan SPM yang berminat untuk membuat permohonan jawatan kosong di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Menerusi makluman Facebook SPA, terdapat sebanyak 296 kekosongan untuk jawatan Pembantu Penguakuasa di JPJ, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Januari 2018 jam 1159 malam.

Mereka yang berminat dan berkelayakan boleh membuat pendaftaran/ permohonan jawatan Pembantu Penguatkuasa ini di Pendaftaran SPA8i secara online. Sebelum ini, Portal SPA juga ada mengiklankan kekosongan jawatan sebanyak 50 kekosongan untuk Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 sehingga 14 Januari 2018.

permohonan jawatan kosong Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 JPJ

Skop Kerja Dan Gaji Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 adalah diantara jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan menggunakan kelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut adalah Deskripsi Tugas Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 yang memaparkan skop kerja, jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. 

Deskripsi Tugas Pembantu Penguatkuasa KP19

Berikut adalah skop kerja Pembantu Penguatkuasa dan tangga gaji jawatan ini. 
Menolong dalam menjalankan operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan  kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa. 

Kumpulan : Pelaksana 
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian Atau Jabatan 


Gaji Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 

Gaji minimum atau maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 adalah seperti berikut :-
  • GAJI MINIMUM : RM 1,360.00 
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00 
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00 

Syarat Lantikan Pembantu Penguatkuasa

Syarat kelayakan untuk menjadi seorang Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 adalah seperti berikut :-
  1. Memiliki kewarganegaraan Malaysia; 
  2. Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; 
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau yang setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,360.00); atau 
  4. Bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya atau lebih tinggi. Juga telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang memuaskan dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,360.00); atau 
  5. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,416.40); atau 
  6. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,472.80). 

Syarat Fizikal

Selain itu, pemohon perlu menepati standard sifat fizikal dan pancaindera seperti di bawah: 
  1. Ketinggian tidak kurang dari 1.57 meter untuk lelaki dan 1.53 meter untuk perempuan dalam keadaan tidak memakai kasut; 
  2. Mempunyai berat tidak kurang dari 48 kilogram untuk lelaki dan 46 kilogram untuk perempuan; 
  3. Memiliki bacaan Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26; Mempunyai saiz ukuran dada yang normal tidak kurang dari 79 sentimeter dan 84 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja); 
  4. Lulus ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan yang dilakukan secara berasingan menggunakan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata; Mentafsir warna dan bunyi tanpa cela; dan 
  5. Telah menjalani pemeriksaan dengan pengamal perubatan berdaftar serta dipersetujui lulus untuk berkhidmat. 

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu 

Calon bagi lantikan dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. 

Sumber Portal SPA 

Semoga perkongsian deskripsi tugas Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 dapat dijadikan buat pemohon dalam membuat permohonan jawatan. Semoga berjaya.

0 comment... add one now