Harga Tiket Feri Langkawi Terkini Bermula 1 Januari 2018

Senarai Harga Terkini Tiket Feri Langkawi. Harga tiket Feri Langkawi naik bermula 1 Januari 2018? Isu kenaikan harga tiket sebanyak RM3 yang dikenakan ke atas penumpang Feri Langkawi telah menjadi viral. Namun kenaikan RM3 yang menjadi bualan netizen sebenarnya bukanlah tambahan harga bagi tambang feri. Sebaliknya menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain, ianya adalah caj pengurusan yang dikenakan kepada mereka yang membeli tiket melalui kaunter. 

Langkah dikenakan adalah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai supaya membeli tiket secara dalam talian/ online yang masih dijual pada kadar sama tanpa caj RM3.

  • Terkini 2 Januari 2018 : Tambang feri Langkawi KEKAL mengikut harga lama. Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, keputusan untuk menarik balik caj pengurusan tersebut adalah langkah terbaik kerana kenaikan sebanyak RM3 yang dimasukkan dalam tambang feri sangat membebankan pengguna. Sumber Kosmo

senara Harga Tiket Feri Langkawi Terkini

Senarai Harga Tiket Feri Langkawi Terkini

Berikut dikongsikan senarai harga terkini tiket feri ke Pulau Langkawi melalui pembelian di kaunter buat rujukan pengguna semua. Umum sedia maklum yang Pulau Langkawi adalah destinasi pelancongan yang ramai dikunjungi oleh orang ramai terutama pada waktu sekolah.

Kuala Kedah - Langkawi - Kuala Kedah 

  • Dewasa - RM 23.00 (RM 26.00
  • Kanak-kanak - RM 17.00 (RM 20.00

Kuala Perlis - Langkawi - Kuala Perlis

  • Dewasa - RM 18.00 (RM 21.00
  • Kanak-kanak - RM 13.00 (RM 16.00

Pulau Pinang - Langkawi - Pulau Pinang

  • * Dewasa - RM 60.00 (RM 63.00
  • Kanak-kanak 3 hingga 11 tahun - RM 45.00 (RM 48.00
  • Kanak-kanak bawah 2 tahun - RM 25.00 (RM 28.00
  • * Harga termasuk insurans tetapi tidak termasuk caj pengendalian port sebanyak RM10 (dewasa)/ RM6.30 (kanak-kanak) sehala.

Nota :

  1. Harga baru dalam kurungan. HARGA KEKAL SEPERTI HARGA LAMA. Kenaikan harga telah ditarik balik
  2. Kenaikan harga tiket feri ke Langkawi sebanyak RM3 adalah caj pengurusan yang dikenakan ke atas pembelian di kaunter
  3. Pembelian tiket secara online masih pada harga lama tanpa caj RM3
  4. Harga tiket kekal untuk penumpang yang berasal dari Langkawi. Mereka hanya perlu menunjukkan kad pengenalan semasa membeli tiket di kaunter
Sumber : HasrulHassan, SinarHarian

Adalah diharapkan yang mutu servis perkhidmatan feri Langkawi dapat dipertingkatan lagi sesuai dengan status Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan pilihan ramai. Moga harga Tiket Feri Langkawi tidak dinaikkan untuk pembelian online.

0 comment... add one now