Keputusan Bolasepak AFC B23 Asia China 2018

Jadual Siaran Langsung Dan Keputusan Bolasepak AFC B23 Asia China 2018. Mampukah skuad bolasepak bawah 23 tahun Malaysia di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee menyiinar pada aksi Kumpulan C? Semuanya akan terjawab apabila pasukan bolasepak bawah 23 tahun (B-23) negara akan menentang Arab Saudi, Jordan dan Iraq dalam aksi kumpulan C Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Changzhou, China. Kejohanan ini bermula dari 9 hingga 27 Januari 2018. 

Skuad Malaysia telah mengesahkan tiket ke pusingan akhir selepas muncul sebagai juara Kumpulan H pada aksi kelayakan Julai 2017 yang lalu di Thailand. 16 negara yang layak adalah dari kalangan juara daripada 10 kumpulan bersama lima pasukan naib juara terbaik serta tuan rumah China. Semua pasukan telah di undi dan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 4 pasukan setiap kumpulan. 

keputusan afc u23 2018

Jadual Dan Keputusan Keputusan Bolasepak AFC B23 Asia China 2018

Berikut adalah jadual siaran langsung perlawanan melibatkan Malaysia beserta keputusan penuh perlawanan. Senarai pasukan mengikut kumpulan adalah seperti berikut :-

Kumpulan A

  1. China (Tuan rumah) 
  2. Qatar
  3. Uzbekistan
  4. Oman

Kumpulan B

  • Jepun (Juara Bertahan)
  • Korea Utara
  • Thailand 
  • Palestin

Kumpulan C

  • Arab Saudi
  • Jordan
  • Iraq
  • Malaysia

Kumpulan D

  • Korea Selatan
  • Australia
  • Syria 
  • Vietnam

Jadual Perlawanan Dan Keputusan Melibatkan Skuad B23 Malaysia

Berikut dikongsikan jadual perlawanan peringkat kumpulan Bolasepak Asia Bawah 23 tahun di China melibatkan pasukan Malaysia yang berada di Kumpulan C. Turut dikongsikan maklumat tarikh perlawanan pada waktu Malaysia.

  • Siaran langsung perlawanan di Astro Fox Sports
  • Senarai pemain skuad Bawah 23 tahun klik B23 Malaysia

10 Januari 2018 (Rabu)

  • 400 petang : Iraq vs Malaysia : 4 - 1
  • IRAQ : Khalid Jaffal min 6, Amjad Attwan min 28, Alaa Ali min 56 & Hussein min 81
  • MAS : Safawi Rasid min 79

13 Januari 2018 (Sabtu)

  • 400 petang : Malaysa vs Jordan : 1 - 1 (Safawi Rasid min 43 - PEN & Al-Barri min 16)

16 Januari 2018 (Selasa)

  • 800 malam : Arab Saudi vs Malaysia : 0 - 1 (Danial Amier min 28)
  • Malaysia layak ke pusingan suku akhir

Suku Akhir

19 Januari 2018

  • Qatar vs Palestin : 3 - 2
  • Jepun vs Uzbekistan : 0 - 4

20 Januari 2018

  • Iraq vs Vietnam : 3 - 3 Vietnam menang sepakan penalti 5-3
  • Korea Selatan vs MALAYSIA (400 petang) : 2 - 1 (Jae-Wan Cho min 1, Han Seung-Gyu min 85 & N.Tahanabalan min 67)

23 Januari 2018

  • Qatar vs Vietnam
  • Uzbekistan vs Korea Selatan
jadual siaran langsung Bolasepak AFC B23 Asia China 2018

Selamat beraksi buat anak buah Datuk Ong Kim Swee pada kejohanan bolasepak Bawah 23-tahun Asia tahun 2018. Moga skuad negara mampu mempamerkan aksi terbaik dan seterusnya layak ke peringkat seterusnya kerana mutu bolasepak B23 Asia adalah hampir setanding.

0 comment... add one now