Mereka yang berkenaan boleh membuat permohonan/ pendaftaran BR1M 2018 secara dalam talian atau online di https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau secara manual melalui pengisian borang di mana-mana cawangan LHDNM secara PERCUMA.
Tempoh Pendaftaran BR1M 2018 Kini Dilanjutkan
Selain makluman dari Portal Rasmi e-BR1M, Perdana Menteri melalui tweet beliau di Twitter juga ada memaklumkan bahawa tarikh pendaftaran BR1M kini dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018. Berikut adalah tweet PM yang memaklumkan akan pelanjutan tempoh pendaftaran BR1M sehingga 25 Januari 2018.“Sukacita saya maklumkan bahawa pendaftaran bagi BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Januari ini. "Kepada yang masih belum, boleh daftar di ebr1m.hasil.gov.my atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan”
Cara Daftar Permohonan Baru BR1M 2018
Berikut dikongsikan cara-cara membuat Permohonan Baru Atau Pendaftaran BR1M 2018 secara online atau manual :-- Pendaftaran atau permohonan baru BR1M 2018 perlu dibuat untuk pasangan kepada penerima BR1M tahun sebelumnya yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun sebelumnya
Pendaftaran Secara Manual
Untuk melakukan permohonan baru secara manual, borang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Transformasi Bandar LHDN dan Pusat Khidmat Hasil LHDN. Pemohon juga boleh mendapatkan borang dengan memuat turun borang permohonan di bawah.- Borang Permohonan BK-01 (1/ 2018)
- Borang Serahan Dokumen Sokongan (BK-17)
- Permohonan Berkelompok BR1M 2018 (Borang BK-06)
- Pembatalan Permohonan (BK-13)
Secara Atas Talian
Permohonan baru BR1M 2018 secara atas talian memerlukan pemohon untuk melayari Portal Rasmi e-BR1M. Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran.- Layari laman e-BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my/
- Pilih menu PERMOHONAN BARU
- Sila masukkan NO.KAD PENGENALAN
- Klik butang HANTAR