Semakan Status Permohonan BR1M 2018 Online

Cara Semak Keputusan Permohonan Dan Rayuan BR1M 2018. Pendaftaran dan kemaskini BR1M 2018 anda lulus atau tidak? Berikut adalah panduan cara membuat semakan BR1M 2018 melibatkan keputusan permohonan dan rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Terdapat beberapa kaedah semakan status permohonan BR1M 2018 yang disediakan. Diantaranya adalah semakan keputusan melalui MyBRIM online, applikasi mobile, email dan talian telefon.

Semakan status melalui MyBRIM adalah pilihan yang popular. Pemohon juga boleh membuat kemaskini permohonan, cetakan borang permohonan, peti mel dan maklum balas selain semakan status. Oleh itu, masalah mengetahui keputusan BR1M anda samada lulus atau tidak kini boleh diketahui dengan mudah. Hanya pilih kaedah semakan yang anda suka.


semakan mybrim online

Semakan BR1M 2018 Lulus Atau Tidak

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting dalam membuat semakan status BR1M 2018 untuk permohonan baru dan kemaskini. Keputusan permohonan kelulusan BRIM akan melalui Proses Verifikasi BR1M di mana permohonan akan disemak serta ditapis bagi penentuan kelayakan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti berikut :-

Proses Verifikasi BR1M

Sebanyak dua belas (12) jabatan yang terlibat dalam proses verifikasi BR1M 2018 seperti berikut :-
  1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  2. Jabatan Pendaftaran Negara
  3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
  4. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Termasuk Polis DiRaja Malaysia - PDRM)
  5. Jabatan Pengangkutan Jalan
  6. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  7. Jabatan Agama Islam Negeri
  8. Kementerian Pendidikan Tinggi
  9. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  10. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  11. Kumpulan Wang Persaraan
  12. Kementerian Luar Negeri

Cara Semak Status Permohonan BR1M Tahun 2018

Semakan status kelulusan permohonan BR1M 2018 boleh disemak bermula dari 19 Februari 2018 (Isnin), jam 1200 tengahari. Berikut adalah cara membuat semakan status BR1M 2018 secara online dan manual.

i) MyBR1M Online

Melalui MyBR1M, pemohon bantuan boleh membuat semakan BR1M 2018 secara atas talian atau online dengan mengikuti langkah-langkah semakan seperti berikut :-
  • Sila layari Menu MyBR1M di Portal Rasmi e-BR1M. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M.
  1. Pilih menu MyBR1M
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan (K/P) - hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. 
  3. Klik butang Log Masuk
  4. Soalan Keselamatan akan dipaparkan jika data telah wujud.
  5. Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan masuk ke Laman MyBR1M.

Setelah pemohon berjaya mengkases sistem semakan MyBR1M, sila ikuti langkah berikut untuk menyemak status:-
  1. Klik pada menu Semakan Status
  2. Tekan butang Cetak Status Semakan untuk cetak semakan.
  3. Klik butang Keluar untuk kembali ke Laman MyBR1M

a) Status Keputusan BR1M

Berikut adalah diantara status keputusan BR1M yang terpapar selepas pemohon berjaya membuat semakan secara online:-
  1. Didaftarkan : Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
  2. Diterima : Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
  3. Dalam Proses : Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan
  4. Ditangguhkan : Pemohon perlu membuatkemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan
  5. Lulus : Permohonan telah diluluskan/ Berjaya
  6. Tidak Lulus : Permohonan Tidak diluluskan/ Tidak berjaya
  7. Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus gagal kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

Untuk maklumat lanjut berkaitan soalan lazim yang sering ditanya mengenai MyBR1M, sila layari Panduan Pengguna MyBR1M.

Kaedah Lain Semak Status BR1M 2018

Selain semakan status BR1M 2018 melalui MYBR1M, pemohon juga boleh membuat semakan keputusan permohonan BRIM melalui kaedah-kaedah seperti berikut :-

i. Melalui Pos

  • Surat makluman keputusan permohonan BR1M akan dicetak dan diposkan mengikut alamat seperti di dalam Borang Permohonan BR1M

ii) Semakan Melalui e-Mail

  • Hantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk bertanyakan status permohonan atau pertanyaan lain.
  • yatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

iii) Semak Melalui Talian Telefon

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia adalah 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Semakan hanya pada hari bekerja dari jam 900 pagi sehingga 500 petang

iv) Applikasi Mobile Semakan BR1M

  • Pilih Play Store atau App Store dan cari "Semakan BR1M’.

Cara Hubungi 

Jika anda menghadapi masalah berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018 termasuk masalah semakan status BR1M, sila rujuk kepada
  1. Cawangan LHDNM berdekatan. Sila bawa sekali salinan pengenalan diri pemohon termasuk pasangan dan tanggungan jika perlu.
  2. Hotline BR1M LHDNM : 1-800-88-2716 : Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
  3. Hotline BR1M MOF : 03-8882 4565, 03-8882 4566
  4. e-Mel : br1m@treasury.gov.my
  5. Laman Web : https://ebr1m.hasil.gov.my/ & Laman Facebook Rasmi LHDN
Selamat membuat Semakan status permohonan BR1M 2018 secara online dan manual.  Tahniah kepada pemohon yang diluluskan permohonan mereka.

0 comment... add one now