Senarai Pemain Skuad B23 Tahun Malaysia 2018

Skuad Pemain Skuad Bawah 23 Tahun Malaysia. Tahniah kepada skuad bawah 23 tahun Malaysia yang berjaya layak ke pusingan akhir Kejohanan Bolasepak Bawah 23 tahun (B23) Asia di China. Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Changzhou, China telah bermula dari 9 hingga 27 Januari 2018. Malaysia diletakkan dalam Kumpulan C bersama Iraq, Arab Saudi dan Jordan.

Skuad Malaysia telah mengesahkan tiket ke pusingan akhir selepas muncul sebagai juara Kumpulan H pada aksi kelayakan Julai 2017 yang lalu di Thailand. 16 negara yang layak adalah dari kalangan juara daripada 10 kumpulan bersama lima pasukan naib juara terbaik serta tuan rumah China. Semua pasukan telah di undi dan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 4 pasukan setiap kumpulan. 

Skuad Bawah 23 Tahun Malaysia 2018

Skuad Pemain Bawah 23 Tahun Malaysia 2018

Berikut adalah senarai akhir 23 pemain yang bakal mengalas cabaran negara di Kejohanan Bolasepak Asia B23 tahun 2018. Senarai pemain telah diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di bawah kendalian ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.

Senarai Pemain Skuad B23 Tahun Malaysia 2018

PENJAGA GOL

  • Haziq Nadzli, 19 tahun (JDT)
  • Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, 21 (Negeri Sembilan)
  • Ifwat Akmal Chek Kassim, 21 (Kedah)

PERTAHANAN

  • Dominic Tan, 20 (JDT)
  • Adam Nor Azlin, 21 (JDT) 
  • Shivan Pillay Asokan, 17 (PKNS FC)
  • Adib Zainudin 22 (FELCRA FC)
  • Irfan Zakaria, 22 (Kuala Lumpur) 
  • Syazwan Zaipol Bahari, 22 (Perak) 

TENGAH/ SAYAP

  • Syamer Kutty Abba, 20 (JDT)
  • Matthew Davies, 22, sayap (Pahang)
  • Nor Azam Abdul Azih, 22 (Pahang)
  • Danial Amier Norhisham, 20 (FELDA United)
  • Nik Akif Syahiran Nik Mat, 18 (Kelantan)
  • Syazwan Andik Ishak, 21, sayap (JDT II)
  • Tommy Mawat Bada, 21, sayap (PJ Rangers FC)
  • Syahmi Safari, 19, sayap (Selangor) 

PENYERANG

  • Safawi Rasid, 20 (JDT)
  • R Kogileswaran, 19 (Pahang)
  • Hadi Fayyadh Abdul Razak, 17 (JDT II)
  • Akhyar Rashid, 18 (Kedah)  
  • N Thanabalan, 22 (Negeri Sembilan)
  • Jafri Firdaus Chew, 20 (PKNS FC)

Tahniah kepada senarai 23 pemain skuad bawah 23 tahun Malaysia yang bakal membawa cabaran Malaysia di Kejohanan Bolasepak AFC B23 tahun 2018.

0 comment... add one now