Cara Tonton Live Streaming Liga Malaysia Di Iflix

Cara Daftar Iflix Untuk Menonton Live Streaming Football Malaysia. Berita baik buat peminat bolasepak di Malaysia yang ingin menyaksikan perlawanan Liga Super 2018 dan Liga Premier terpilih secara langsung live streaming di applikasi Iflix. Berikut dikongsikan cara daftar Iflix untuk menonton siaran langsung secara live streaming perlawanan bolasepak Liga Malaysia termasuk Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia. Selain itu Iflix juga menawarkan perlawanan bolasepak Liga 1 Indonesia, Kriket T10 Bangladesh dan eSport untuk Dota2.

Untuk tahun 2018, siaran langsung perlawanan bolasepak Liga Malaysia 2018 akan disiarkan di rangkaian televisyen RTM (TV1, TV2 & TVi), Media Prima (TV3 & TV9), Unifi TV dan Iflix. Terdapat lebih kurang 138 perlawanan boleh disaksikan melalui kaca TV anda, melalui Tablet, telefon pintar dan komputer. Kualiti siaran yang disediakan adalah berkualiti tinggi (HD). Perlawanan ulangan Liga juga boleh disaksikan. 

live streaming football malaysia iflix

Tonton Live Streaming Liga Malaysia Di Applikasi Iflix

Terdapat beberapa siaran langsung perlawanan tertentu akan disiarkan hanya di Iflix dan tidak di saluran TV yang lain. 
  1. Diantara maklumat Iflix adalah seperti berikut :-
  2. 1 bulan akses tanpa had!
  3. Ribuan rancangan TV, filem dan banyak lagi.
  4. Saksikan di telefon pintar, laptop, tablet dan TV.
  5. Anda boleh muat turun dan saksikan secara offline.
  6. Hanya RM 10  sebulan!
  7. Mulakan percubaan PERCUMA! (tanpa kad kredit, tanpa obligasi!)
Untuk memudahkan pengguna dalam menonton perlawanan melalui saluran 'Football Malaysia on iFlix', berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran Iflix.
  • 1. Muat turun applikasi atau layari iflix.com
  • 2. Klik Sign up dan masukkan password untuk mendaftar
  • 3. Klik Menu > Prefrence > Football Malaysia


cara daftar iflix percuma


  • 4. Pulang ke Home Screen dan scroll di bawah
  • 5. Channel Footbal Malaysia akan terpapar, dengan kesemua perlawanan yang akan berlangsung
  • 6. Pilih perlawanan yang anda ingin saksikan


cara daftar iflix percuma


Maklumat Lanjut Football Malaysia on Iflix

  1. Pengguna boleh memuat turun aplikasi iFlix di App Store atau Google Play. Untuk pengguna laptop atau komputer, anda perlu melayari laman web di pautan www.iflix.com
  2. Sign up akaun boleh menggunakan akaun Facebook atau Google
  3. Simpan 'Username' dan 'Password' yang telah didaftarkan
  4. Pengguna Unifi, Maxis HomeOne Home dan Digi ada promosi free subscription. Pembayaran boleh menggunakan credit/ debit card, online banking dan pembelian topup di 7Eleven
  5. Mereka yang ingin menonton perlawanan di TV perlu mencucuk Chromecast pada HDMI TV. Tekan icon empat segi ‘Connect to Device’. Kemudian, pilih chromecast. 
Semoga perkongsian Cara Tonton Live Streaming Liga Malaysia Di Iflix bermanfaat buat semua. Jom support Liga Malaysia yang kini sedang melalui proses transformasi untuk kemajuan bolasepak Malaysia yang cemerlang. 

0 comment... add one now