BR1M Naik Dan Kategori Baru Penerima Diperkenalkan

PM Umum Jumlah Bantuan BR1M Dinaikkan. Umum sedia maklum yang Parlimen telah dibubarkan pada 7 April 2018 bagi membolehkan Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) tahun 2018 diadakan bagi memilih kerajaan yang baharu. Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengumumkan Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 7 April 2018. 

Antara lain Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan yang agihan BR1M seterusnya bagi tahun 2018 (Jun dan Ogos) akan dinaikkan sekali ganda jika BN diberikan mandat untuk terus kekal memrintah negara. Satu kategori baru juga diperkenalkan iaitu untuk mereka yang berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000. 

Jumlah Bantuan BR1M 2018 Dinaikkan Sekali Ganda

Berikut dikongsikan diantara intipati penting Manifesto BN untuk PRU14 yang berkaitan dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 


jumlah BR1M dinaikkan sekali ganda


Jumlah Bantuan BR1M 2018 Dan Kategori Baru

  1. Jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 bayaran untuk Jun dan Ogos 2018 akan dinaikkan kepada semua penerima bantuan sedia ada manakala tambahan satu lagi kategori baru penerima akan diperkenalkan 
  2. Bantuan untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah pada Jun dan Ogos 2018 akan dinaikkan masing-masing kepada RM800 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,000
  3. Isi rumah berpendapatan di antara RM3,000 hingga RM4,000, pembayaran BR1M pada Jun serta Ogos 2018 akan dinaikkan masing-masing kepada RM600 menjadikan jumlah pemberian BR1M meningkat dari RM900 kepada RM1,500
  4. Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah, BR1M yang dibayar RM450 pada Februari 2018 akan ditambah RM150 menjadi RM600
  5. Kategori baharu yang diperkenalkan adalah isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Penerima akan menerima bayaran berjumlah RM700 yang dibayar pada Jun dan Ogos 2018 (RM350 untuk setiap bayaran)
  6. Bayaran secara one-off sebanyak RM1,500 kepada anak-anak penerima BR1M yang berjaya mendaftar di institusi pengajian tinggi
Adakah pengumuman ini mengembirakan anda?

0 comment... add one now