Semakan Status Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2018 Online

Semakan BSHR Online Lulus Atau Tidak. Berita baik buat semua apabila Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan mengambil langkah dengan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Namun, BR1M akan dimansuhkan dan digantikan dengan nama baru iaitu, Bantuan Sara Hidup Rakyat atau ringkasnya BSHR. Berikut dikongsikan cara membuat semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat melalui MyBSHR online (dahulunya MyBR1M).

Semakan status permohonan samada lulus atau gagal boleh disemak mulai 19 Februari 2018. Dan mereka yang gagal dalam semakan telah diberikan peluang untuk membuat rayuan dari April sehingga 31 Mei 2018.

SEMAKAN BSHR ONLINE

Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) Status Permohonan Dan Rayuan

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan status BSHR samada Lulus atau Gagal buat panduan semua. 

NOTA : Tarikh semakan status rayuan BSHR akan dikemaskini dari masa kesemasa

Langkah Semakan Melalui MyBSHR

Layari Laman Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat di pautan
  1. https://ebr1m.hasil.gov.my/
  2. Cari Menu MyBSHR
  3. Masukkan No. Mykad / Kad Pengenalan anda di ruang yang disediakan
  4. Klik butang Log Masuk
  5. Anda perlu wajib menjawab soalan keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke sistem aplikasi MyBSHR untuk membuat semakan

Soalan Keselamatan

  1. Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan mengakses sepenuhnya sistem aplikasi MyBSHR
  2. Soalan keselamatan dan jawapan kepada soalan tersebut adalah berdasarkan kepada maklumat terkini yang diisi oleh pemohon semasa membuat permohonan baharu atau kemaskini
  3. Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT di: 
  1. Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  2. Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM : 1-800-88-2716  (Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m)
  3. Faksimili MOF : 03-8882 3933 
  4. Sekretariat MOF: Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
Selamat membuat Semakan Status Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2018 Online. Semoga permohonan bantuan anda berjaya diluluskan.

0 comment... add one now