Amalan Harian Yang Perlu Dijaga

Panduan terkini dikemaskini pada 15 Oktober 2018 jam 03:58 PM

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga
Rate this post

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga. Berikut adalah senarai 22 amalan harian yang perlu dijaga buat panduan semua. Panduan ini menyenaraikan amalan solat, surah dan lain-lain lagi yang perlu kita sama-sama amalkan untuk kehidupan yang lebih baik di dunia dan di akhirat.

amalanharian

Senarai Amalan Harian Yang Perlu Dijaga

  • 1. Solat Tahajud di waktu ¾
    malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud
    merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
  • 2. Selepas solat Subuh,
    zikir 300pagi {100x [tasbih, tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
  • 3. Kemudian bacalah surah Yasin – Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
  • 4. Kemudian selepas 26 minit naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
  • 5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20
    minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda:
    “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam
    golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan
    urusan dan memberkati rezeki.

Selepas Solat Zohor

  • 6. Bacalah
    surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai
    mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah
    Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah
    dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk
    meningkatkan kecerdasan otak.
  • 7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
  • 8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu
    fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan
    berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan
    mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan
    mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa
    syirik.”
  • 9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah
    janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik
    kepadaNya.
  • 10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji
    sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran &
    kemiskinan tidak akan menemuinya.

Selepas Solat Isyak

  • 11. Selepas Isya’ bacalah
    surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW
    tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
  • 12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis.
    Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan
    kejahatan
  • 13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
  • 14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah
    keampunanmu kepada Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik,
    nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

Sebelum Tidur

  • 15. Sebelum tidur fikirkan
    dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa
    selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
  • 16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu
    ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak
    ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah
    ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
  • 17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan
    seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’
    di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW
    bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka
    bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
  • 18.
    Hendaklah hati dan lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa
    jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

Berpuasa Sunat

  • 19. Puasa
    sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang
    digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan
    daripada suami-suami kamu.
  • 20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam
    keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang
    mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
  • 21. Tatkala Haid, jangan
    tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan
    melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
  • 22. Tetaplah dengan usaha
    kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati.
    Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar.
    Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Kredit : FB Ustaz Hasnan via Ustazah Fatimah

Semoga senarai Amalan Harian Yang Perlu Dijaga ini bermanfaat buat semua.