Panduan terkini dikemaskini pada

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2020

Analisa Keputusan SPM 2020. Keputusan peperiksaan SPM tahun 2020 akan diumumkan pada bulan Jun 2021 nanti akibat pandemik wabak COVID-19. Tahniah kepada calon pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Buat mereka yang kurang berjaya, usaha lagi kerana Sijil Pelajaran Malaysia bukanlah penentu kejayaan kepada segala-galanya.

Analisis keputusan peperiksaan SPM 2020 dikongsikan dibawah ini untuk rujukan pelajar dan ibu bapa/ penjaga.

analisis keputusan spm

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2020

  1. 401,105 calon berdaftar
  2. 83 bilangan mata pelajaran
  3. 3310 pusat peperiksaan
  4. Gred Purata Nasional (GPN) adalah 4.80 berbanding 4.86. Angka yang kecil menunjukkan keputusan yang lebih baik (pencapaian calon meningkat)
  5. Jurang pencapaian calon luar bandar dengan calon bandar mengecil
  6. Prestasi mata pelajaran : 43 meningkat, 39 menurun dan 1 kekal
  7. Prestasi mata pelajaran teras : Naik – Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam & Pendidikan Moral. Turun – Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
  8. Peratus Calon layak Sijil SPM meningkat iaitu 88.68% berbanding 86.72% pada tahun 2019
  9. Peratus Calon Berkeperluan Khas (CBK) layak Sijil SPM juga meningkat dari 61.34% pada tahun 2019 ke 68.22% pada tahun 2020

Maklumat terperinci boleh dirujuk di MOE

Tahun 2017

Pencapaian calon bagi tahun 2017 adalah lebih baik berbanding pada tahun 2016. GPN pada tahun 2017 ialah 4.90 berbanding 5.05 pada tahun 2016 dengan peningkatan sebanyak 0.15. Trend GPN dari tahun 2013 hingga 2017.

Pencapaian calon di bandar dan di luar bandar turut memberangsangkan. Pencapaian calon di bandar meningkat sebanyak 0.14 iaitu 4.75 pada tahun 2017 berbanding 4.89 pada tahun 2016. Pencapaian calon di luar bandar juga meningkat sebanyak 0.14 iaitu 5.22 pada tahun 2017 berbanding 5.36 pada tahun 2016. Hal ini menunjukkan peningkatan pencapaian calon di luar bandar setara dengan peningkatan pencapaian calon di bandar. Perbezaan pencapaian antara calon di bandar dan di luar bandar kekal 0.47 pada tahun 2017 sama seperti pada tahun 2016

Keputusan peperiksaan SPM pada tahun 2017 menunjukkan sebanyak 48 daripada 73 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 23 mata pelajaran mencatatkan penurunan manakala prestasi dua mata pelajaran tidak berubah. Lima mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Mathematics menunjukkan peningkatan prestasi. Mata pelajaran teras yang lain seperti Pendidikan Moral dan Science mencatatkan penurunan. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu menunjukkan peningkatan yang tertinggi sebanyak 0.46 manakala mata pelajaran Pendidikan Moral menunjukkan penurunan tertinggi sebanyak 0.11

Sebanyak 43 daripada 66 mata pelajaran elektif menunjukkan peningkatan prestasi. Dalam bidang elektif sains dan matematik, tiga mata pelajaran menunjukkan peningkatan iaitu Physics, Chemistry dan Additional Science. Mata pelajaran Additional Science menunjukkan peningkatan prestasi yang tertinggi iaitu sebanyak 0.36 manakala mata pelajaran Biology menunjukkan penurunan yang tertinggi iaitu sebanyak 0.12.

Kesemua mata pelajaran elektif agama menunjukkan peningkatan prestasi dalam SPM tahun 2017 berbanding tahun 2016. Mata pelajaran Tasawwur Islam mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.43. Dalam bidang elektif teknikal pula, mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 0.34 manakala mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam menunjukkan penurunan tertinggi iaitu sebanyak 0.29.

PENSIJILAN SPM : Mulai tahun 2013, semua calon diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk layak dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2017, seramai 415,008 calon menduduki sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras untuk pertama kali. Daripada jumlah tersebut, 85.2% calon layak dianugerahkan sijil iaitu 90.2% calon sekolah KPM manakala selebihnya 9.8% ialah calon selain sekolah KPM. Analisis pensijilan SPM tahun 2017 berbanding tahun 2016

PENUTUP : Sebagai kesimpulan, keputusan SPM 2017 menunjukkan peningkatan pencapaian keseluruhan calon. Analisis ini juga menunjukkan bahawa KPM sentiasa memastikan kesamarataan peluang dan akses kepada pendidikan berkualiti kepada semua calon di seluruh negara. Diharapkan maklumat yang terdapat dalam analisis keputusan ini boleh digunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk menambah baik kualiti pendidikan negara agar matlamat KPM untuk melahirkan modal insan yang seimbang seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai.

Tahun 2016

Berikut dikongsikan analisis keputusan SPM 2016 yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof. Sidang akhbar pengumuman SPM telah dibuat pada hari Khamis, 16 Mac 2017.

1. Keputusan Semua A+

Calon yang mendapat keputusan semua A+ adalah seramai 102 orang (1.94 peratus) daripada 434,535 calon SPM 2016. Ianya mencatakan penurunan 0.66 peratus berbanding tahun 2015

2. Indeks GPN

SPM 2016 berjaya mencatatkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.10. Ianya lebih baik berbanding GPN @ 5.15 pada tahun 2015. Jurang GPN antara calon bandar dan luar bandar juga mengecil dari 0.50 kepada 0.47

3. Calon Mendapat Semua A

Seramai 8,647 pelajar mendapat keputusan semua A (2.13 peratus). Angka  menurun 0.25 peratus berbanding tahun 2015 yang mencatatkan seramai 9,721 (2.38 peratus) daripada 440,682 pelajar memperoleh semua A.

4. Pencapaian Subjek Teras

Empat subjek teras menunjukkan peningkatan prestasi iaitu :-

  1. Bahasa Melayu
  2. Pendidikan Islam
  3. Bahasa Inggeris
  4. Sains

Subjek yang mencatatkan penurunan adalah :-

  1. Matematik
  2. Sejarah
  3. Pendidikan Moral

5. Calon Layak Dianugerah Sijil

Seramai 340, 698 mewakili 85.21 peratus calon layak dianugerah sijil selepas lulus matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Tahniah sekali lagi kepada calon peperiksaan SPM yang mendapat mendapat keputusan cemerlang kali ini. Semoga anda terus berjaya dalam pendidikan anda.

Related : 2020 berbanding, terbaik dalam tempoh, nilai gpn yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik, spm 2019