Bantuan Khas RM500 Pekebun Kecil Getah 2016

Panduan terkini dikemaskini pada 25 Mei 2019 jam 01:16 AM

Bantuan Khas RM500 Pekebun Kecil Getah 2016. Berita baik buat pekebun kecil getah/ penoreh getah di seluruh Malaysia yang bakal menerima RM500 di bawah bantuan khas kejatuhan harga getah pada Jun 2016. Menurut Bernama, seramai 388,111 orang akan menerima Bantuan Khas RM500 RISDA secara “one-off” bermula 10 Jun 2016 meliputi pemilik/ pengusaha dan penoreh getah yang tidak mempunyai kebun getah.

bantuankhasrisda

Pembayaran Bantuan Khas RM500 Pekebun Kecil Getah 2016

Bantuan Khas 2016 adalah merupakan bantuan ketiga selepas Bantuan yang sama diberikan pada tahun 2013 dan 2014. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak RM194 juta akan diperuntukkan untuk pengagihan bantuan khas tersebut yang akan dibayar secara one-off kepada pekebun kecil.

BAYARAN RM500 BANTUAN KHAS PEKEBUN KECIL GETAH JUN 2016

  • JUMLAH BANTUAN – RM500 (bayaran secara one-off)
  • TARIKH BAYARAN – Bermula 10 Jun 2016
  • JUMLAH PENERIMA : 388,111 pekebun (Pemilik/pengusaha tanah dan penoreh getah yang tidak mempunyai kebun getah)

* Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
yang dipetik dari
Utusan Online, pekebun kecil dan penoreh getah yang ber­daftar dengan RISDA boleh mula menerima bantuan RM500 ini di pejabat RISDA dimana RISDA diminta untuk menyelesaikan pengagihan Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah 2016 kepada 388,111 pekebun kecil dan penoreh getah dalam tempoh seminggu.

Pekebun kecil dan penoreh walau bagaimanapun perlulah mengemukakan bukti kepada pi­hak RISDA terlebih dahulu sebelum boleh menuntut bantuan tersebut.

Cara Memohon Bantuan Khas RM500 Pekebun Kecil Getah 2016

Berikut dikongsikan sedikit maklumat tentang Bantuan Khas Pekebun Kecil 2016 yang dikongsikan dari Portal RISDA serta pertanyaan di Pejabat RISDA. Pemohon dinasihatkan untuk menghubungi pejabat RISDA berdekatan atau hadir untuk mendapatkan maklumat selanjutnya terutamanya tentang penoreh getah yang tidak mempunyai kebun getah. Senarai pejabat RISDA di seluruh Malaysia, sila klik RISDA

Syarat kelayakan

  • 1. Warganegara Malaysia.
  • 2. Memiliki tanah/kebun GETAH dengan keluasan 2.5 hektar ke bawah
  • 3. Pemilikan tanah yang sah
  • 4. Mempunyai Kad Autoriti Transaksi Getah untuk penoreh getah tanpa kebun getah (KAT-G)

Untuk memohon:

  • 1.Pemohon yang layak boleh mendapatkan borang dan menghantarnya di Pejabat RISDA Daerah/Negeri yang berhampiran (tiada borang online).
  • 2.Isi borang dan lampirkan salinan kad pengenalan, geran dan salinan akaun bank

Kaedah Bayaran:

Bayaran bantuan bagi pekebun kecil yang layak akan diberi melalui cek atau dikreditkan terus kepada akaun bank pekebun kecil. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi RISDA di talian 03-42564022.

Semoga pemberian bantuan khas RM500 pekebun kecil getah 2016 ini mampu meringankan beban mereka yang terlibat menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri 2016 yang bakal disambut pada 6 Julai 2016.