Panduan terkini dikemaskini pada

Biodata Matthew Davies Pemain JDT

Biodata Matthew Davies Pemain Baru Pahang FA 2015. Pemain muda dari Australia, Matthew Davies menjadi tonggak baru pasukan bola sepak Pahang untuk mengukuhkan posisi pertahanan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2015 ini.

Matthew Davies, 20, berkata keputusan untuk menyertai pasukan Tok Gajah dibuat selepas mendapatkan nasihat dari bekas pemain Australia yang pernah menabur bakti di sini seperti Alan Davidson dan Anthony Milicic. Katanya, Malaysia bukan asing bagi dirinya memandangkan ibunya berasal daripada Sabah manakala bapanya rakyat Australia.

Pemain kelahiran Perth, Australia itu berkata dia lebih teruja untuk bermain selepas menyaksikan Pahang menewaskan Pulau Pinang 2-0 pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini, semalam.

Terkini : Matthew Davies kini milik JDT untuk musim liga Malaysia 2020

matthew davies pahang

BIODATA MATTHEW DAVIES

Nama Penuh :     Matthew Davies
Tarikh Lahir :    7 Februari 1995 (umur 20 tahun)
Tempat lahir :     Perth, Australia
Tinggi  :     1.79 m (5 ft 10 in)
Posisi :   Bek kanan
Lain-lain : Bapa Australia dan Ibu dari Sabah

Sementara itu jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee menafikan slot terakhir untuk senarai 30 pemain bagi pendaftaran awal ke Sukan SEA 2015 di Singapura, Jun ini sudah sah menjadi milik pemain tempatan baru Pahang, Matthew Davies secara automatik.

Semalam, Davies, 20, bekas pemain pertahanan kanan Perth Glory FC kelahiran Australia yang bapanya rakyat Australia tetapi ibunya berasal dari Sabah diperkenalkan sebagai pemain baharu Pahang untuk didaftarkan pada perpindahan kedua yang dibuka dari 1 April lalu hingga 28 April ini.

Namun, Kim Swee mahu melihat terlebih dahulu persembahan Davies apabila Pahang turun bertemu Kelantan di Kota Bharu, Sabtu ini sebelum membuat keputusan akhir untuk menyenaraikan namanya dalam skuad Sukan SEA – BH online