Panduan terkini dikemaskini pada

Biodata Ramadhan Saifullah (Pasukan JDT)

Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) kini mempunyai seorang pemain berbakat yang berpotensi untuk menjadi pemain hebat dan berkualiti untuk masa depan iaitu Ramadhan Saifullah Usman.

Kehebatan beliau menjaringkan gol mula mendapat perhatian pada aksi Liga Super Malaysia musim 2020 dan beliau dilihat boleh menjadi pengganti yang sesuai kepada Safawi Rasid yang bakal berhijrah ke Liga Portugal musim hadapan. Berikut dikongsikan biodata Ramadhan Saifullah penyerang muda JDT.

Ramadhan Saifullah

Biodata Ramadhan Saifullah Pemain Muda Berbakat JDT

Buat peminat bolasepak pasukan JDT dan Malaysia, berikut adalah biodata ringkas beliau :-

  • Nama Penuh : Muhammad Ramadhan Saifullah Bin Usman
  • Tarikh Lahir :  9 Disember 2000
  • Umur : 19 tahun
  • Asal : Johor Bahru, Johor
  • Tinggi : 179cm
  • Berat : 70kg
  • Pemain Kegemaran : Kylian Mbappe
  • Pasukan Sekarang : JDT
  • Posisi : Sayap Kanan, Tengah
  • Pasukan Terdahulu : JDT II
  • Karier Awal : Bakatnya mula meningkat naik semasa bersekolah di SMK Bandar UDA Utama (2015-2016)
  • Gol sulung : Bersama JDT II pada perlawanan bertemu UiTM FC 25 Jun 2019
  • Aksi Antarabangsa : Mewakili Malaysia B19 di saingan AFC B-19 di Indonesia tahun 2018
  • Anugerah :  Pemain paling bernilai (MVP) dalam Program Mencari Ramli 5

Related : pemain uitm fc, untuk memberi