Kaedah Permohonan BMT 2025 Dan Cara Semakan Bantuan Musim Tengkujuh Pekebun Kecil Getah RM800. Malaysia amat mementingkan hal kebajikan para pekerja tanpa mengira sama ada mereka dari sektor awam mahupun swasta. Ianya termasuklah juga golongan pekebun kecil dan penoreh getah dengan wujudnya organisasi seperti Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Perdana Menteri menerusi pembentangan Bajet 2019 telah mengumumkan pengenalan Skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dinaikkan kepada RM600 sebulan untuk diberikan kepada pekebun kecil dan penoreh getah. Pemberian tahun terkini adalah sebanyak RM800 untuk pekebun kecil penoreh getah yang layak.
Bantuan Musim Tengkujuh ini adalah inisiatif kerajaan yang dikendalikan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebagai agensi pelaksana. Mereka membangunkan Sistem Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh yang bertujuan memberi kemudahan kepada golongan pekebun kecil untuk membuat permohonan menerima bantuan. Ianya turut mengambil kira kumpulan penoreh getah yang tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan sebelum ini. BMT juga lebih disasarkan kepada penerima pekebun kecil dan penoreh getah yang berada dalam kumpulan B40.
Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan dana sebanyak RM261 juta khas untuk membantu golongan pekebun kecil apabila tiba musim tengkujuh. Seramai 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah menerima BMT dengan jumlah RM200 seorang bermula November 2017 sehingga Januari 2018. Pada tahun itu, permohonan telah dibuka bermula 1 September 2017 dan ditutup pada 31 Januari 2018.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
BMT merupakan bantuan tahunan yang diberikan oleh RISDA untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh. Inisiatif ini merupakan salah satu cara pemerintah untuk membantu mereka yang terkena dampak buruk musim ini setiap tahun.
Kadar bantuan adalah sebanyak RM800 seorang kepada setiap penerima yang layak. Pemberian bantuan dilaksanakan sebanyak 4 kali iaitu RM200 selama 4 bulan pada bulan November dan Disember tahun semasa serta Januari dan Februari tahun seterusnya. Namun, kadar bantuan ini juga tertakluk kepada kelulusan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan
Borang Permohonan BMT Bantuan Musim Tengkujuh 2025 Serta Syarat Kelayakan
Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA termasuklah cara membuat permohonan BMT 2025 secara online/ atas talian beserta perincian syarat kelayakan memohon bantuan musim tengkujuh.
Berikut adalah sedikit makluman dari makluman Facebook Rasmi RISDA:-
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2025 (BMT2025) telah dibuka mulai ๐ญ ๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ ๐ต๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ฎ ๐ฏ๐ฌ ๐ฆ๐๐ฃ๐ง๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ kepada semua Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang layak.
Permohonan boleh dibuat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA dipautan https://pekebunkecil.risda.gov.my atau hadir ke mana-mana Pejabat RISDA berhampiran.
Kepada semua Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang pernah menerima Bantuan Musim Tengkujuh sebelum ini, anda juga perlu mengemaskini semula permohonan secara atas talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA dipautan https://pekebunkecil.risda.gov.my atau hadir ke mana-mana Pejabat RISDA berhampiran.
Tarikh Rasmi Kemaskini Maklumat & Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2025
Dibuka : 1 Jun 2025
Ditutup : 30 September 2025
Bagi permohonan yang gagal, rayuan akan dibuka bermula tarikh yang akan dikemaskini.
Rayuan permohonan dibuka kepada semua pekebun kecil dan penoreh getah yang ingin membuat semakan semula permohonan yang ditolak kerana semakan awal mendapati permohonan tersebut tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan bantuan. Pemohon boleh menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan BMT disemak/diluluskan atau mengemaskini semula permohonan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA sebelum tarikh tutup permohonan rayuan.
Menurut laman web pekebun kecil RISDA, tempoh pelaksanaan permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 Jun hingga 30 September 2025.
Kaedah Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA
Kaedah 1: Portal Pekebun Kecil RISDA
Secara atas talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA (Permohonan Baru/Hantar/Kemaskini Permohonan) :
- Pekebun Kecil : Pemohon baru atau Penerima BMT tahun sebelumnya
- Penoreh : Wajib membuat permohonan baru walaupun pernah menerima BMT tahun sebelumnya
Layari Portal Permohonan BMT di pautan https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama
- Klik Daftar Pengguna untuk pemohon yang belum mendaftar/ pengguna baharu ATAU
- Log Masuk untuk mereka yang telah mendaftar
Setelah Log Masuk, klik Mohon Bantuan BMT di Dashboard Pengguna
- Isikan maklumat pemohon
- Maklumat Tanah
- Akaun Bank Penerima
- Muat Naik Dokumen Sokongan
- Salinan Kad Pengenalan (Hadapan)
- Salinan Kad Pengenalan (Belakang)
- Salinan Geran Tanah Yang Dimohon
- Penyata Bank
- Sila pastikan saiz setiap dokumen yang dinyatakan diatas tidak melebihi daripada 8MB
- Membuat pengesahan
Untuk paparan yang lebih jelas, carta alir permohonan baharu adalah seperti berikut:
Sediakan sekali salinan dokumen berikut untuk memudahkan anda semasa mengisi atau mengemaskini borang secara atas talian:
Pemilik Pengusaha
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan
- Salinan Kad Pengenalan Pekebun SIC (Smallholder Identification Card) jika ada
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buku akaun bank yang masih aktif
Penoreh Bukan Pemilik
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
- Salinan geran lot yang ditoreh
- Salinan Kad PAT-G
- Salinan buku akaun bank yang masih aktif
Kaedah 2: Hadir ke Pejabat RISDA
Pemohon hadir ke Pejabat RISDA dan permohonan diterima melalui Sistem e-BMT :
- Pekebun Kecil : Penerima BMT tahun sebelumnya berstatus berjaya bayar dan dokumen lengkap
- Penoreh : Perlu menghantar permohonan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA
Syarat Dan Kriteria Bantuan Musim Tengkujuh
Untuk syarat tahun 2025, pemilik pengusaha atau penoreh perlu menepati syarat-syarat berikut:-
Satu lot tanah hanya seorang penerima bantuan sahaja yang layak menerima bantuan sama ada pemilik tanah atau penoreh. Syarat-syarat kelayakan bantuan ini mengikut kategori adalah seperti berikut:
a) Pekebun Kecil Getah (Pemilik Tanah Yang Memiliki, Menguruskan dan/atau Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
- Warganegara Malaysia sahaja
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
- Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA
- Mempunyai Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada โ WAJIB bagi peserta JPS dan JAKOA)
- Seorang pekebun kecil layak menerima bantuan sekali sahaja.
b) Penoreh Getah (Bukan Pemilik Tanah)
- Warganegara Malaysia
- Penoreh berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
- Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah atau wakil yang sah
- Mempunyai Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi Penoreh)
- Seorang penoreh layak menerima bantuan sekali sahaja.
TAKRIFAN PEKEBUN KECIL PENERIMA BMT
Pekebun kecil yang memiliki lot kebun bertanam getah, menguruskan dan/atau mengusahakan sendiri kebunnya bagi kerja-kerja penyelenggaraan kebun, pembajaan, penorehan dan penjualan hasil.
TAKRIFAN PENOREH PENERIMA BMT
Mereka yang menoreh getah di ladang pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki lot kebun bertanam getah.
**Kaedah bayaran adalah melalui Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima yang layak
Semakan BMT 2025 (Bantuan Musim Tengkujuh)
Semakan status permohonan Bantuan Musim Tengkujuh boleh dibuat melalui cara berikut:
SEMAKAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)
SEMAKAN SISTEM E-BMT ONLINE
Masukkan nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan dan klik butang semak. Ikuti langkah seterusnya seperti diarahkan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi butiran berikut atau klik pautan di bawah:
Talian : 03-4251 0171, 03-4251 2125, 03-4251 2135, 03-4251 2023
Laman Web Rasmi Pekebun Kecil
Laman Web Rasmi RISDA
Senarai Pejabat RISDA Negeri
Ref : cara mohon layak menerima bantuan menerima bantuan sekali sahaja bawah agensi, pengisian borang bmt dikira, maklumat pekebun kecil risda pemilik yang berdaftar bmt 2021 tersenarai di dalam sistem tarikh bayaran mempunyai kad pengenalan pekebun