Bonus Kakitangan Awam 2018 Tarikh Pembayaran

Panduan terkini dikemaskini pada 12 Oktober 2019 jam 09:54 PM

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018. Bilakah tarikh pembayaran dan berapa jumlah bayaran bonus kakitangan awam 2018 serta pesara kerajaan? Pembentangan Bajet setiap tahun pasti ditunggu-tunggu oleh setiap kakitangan kerajaan kerana ingin mengetahui samada bonus ada atau tidak. Tidak terkecuali pada Bajet 2019.

Kakitangan awam yang mengharapkan bonus pada Bajet 2019 pastinya berpuas hati apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 untuk penjawat awam dan RM250 untuk pesara kerajaan. Pembayaran akan dibuat pada bulan Disember tahun 2018.

BonusKakitanganAwam2018TarikhPembayaran

Bonus Kakitangan Awam Bajet 2019 (Bayaran Khas)

Berikut dikongsikan maklumat pembayaran bayaran khas kakitangan awam/ kerajaan 2018 melalui pengumuman Bajet 2019.

Jumlah Bayaran Khas

  • Kakitangan awam : RM500 (Tahun lepas RM1,500)
  • Pesara : RM250 (Tahun lepas RM750)

Jumlah dan tarikh bayaran bonus kakitangan awam atau pemberian khas kakitangan kerajaan adalah seperti diumumkan dalam Bajet 2019 yang diumumkan pada Jumaat, 2 November 2018.

  • Tarikh Pembayaran Hari Selasa, 18 Disember 2018

Nota : Maklumat lanjut, sila rujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2018

Semoga dengan pembayaran Bayaran Khas Kakitangan Awam 2018 ini mampu meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti sektor perkhidmatan awam.