Borang Pendaftaran MUET Mac 2018 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 12:03 PM

Cara Daftar Peperiksaan MUET Sesi Mac 2018 Online. Perhatian buat pelajar yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 1 atau Mac 2018. Adalah diingatkan, calon adalah
di nasihatkan untuk mendaftar peperiksaan MUET awal dengan mengisi Borang Pendaftaran MUET Mac 2018 secara online. Permohonan yang
lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Dibawah ini dikongsikan cara-cara membuat pendaftaran MUET sesi Mac 2018 beserta tarikh penting peperiksaan.

 

BorangPendaftaranMUETMac2018Online

Borang Pendaftaran MUET Mac 2018 (Sesi 1) Online

Merujuk kepada Kalendar Peperiksaan MUET 2018
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), tarikh pendaftaran MUET sesi Mac 2018
adalah seperti ketetapan berikut:-

Sesi 1 (Mac)

  • TARIKH PENDAFTARAN DI BUKA : 1 NOVEMBER 2017
  • TARIKH PENDAFTARAN DI TUTUP : 10 JANUARI 2018
  • UJIAN SPEAKING : 27 DAN 28 FEBRUARI 2018 dan 1, 5, 6, 7 MAC 2018
  • TARIKH UJIAN BERTULIS 10 MAC 2018
  • Tarikh penting dan cara mendaftar peperiksaan MUET sesi Julai, anda boleh merujuk di MUET Julai 2017

Nota

PENGUMUMAN PENTING: MUET SESI MAC PADA KEBIASAANNYA ADALAH MUET TERAKHIR YANG BOLEH DITERIMA BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM SARJANA MUDA  (KEMASUKAN SEPTEMBER).

 

Cara Membuat Pendaftaran

Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi Mac 2018 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET Sesi Mac 2018 Online di laman sesawang MPM di

  • eSubmission MPM online
  • * Nota –  Manual Pengguna Pendaftaran MUET Calon Persendirian klik MPM atau di Panduan Pendaftaran
  • Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’
  • PERINGATAN
    :  Calon dinasihati agar membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.

Kalendar Jadual Peperiksaan MUET Tahun 2018 

Sebagai rujukan, berikut dikongsikan juga kalendar MUET 2018 untuk panduan tarikh penting pendaftaran dan ujian sesi lain Julai dan November.

kalendarmuet2018* Sebarang perbuahan akan dikongsikan dari masa kesemasa 

Semoga panduan Borang Pendaftaran MUET Sesi Mac 2018 Online ini bermanfaat kepada semua. Sebarang masalah atau pertanyaan sila luahkan di ruangan komen di bawah ini.