Cara Buat Aduan KPDNKK Secara Online Dan SMS

Panduan terkini dikemaskini pada 10 Oktober 2018 jam 08:06 PM

Cara Buat Aduan KPDNKK Secara Online Dan SMS
Rate this post

Berikut adalah cara-cara membuat Aduan KPDNKK Secara Online Dan SMS menggunakan Sistem E-Aduan dan kaedah aduan lain. Sistem e-aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika.

Apakah Aduan Yang Boleh Dibantu Di Bawah Bidang Kuasa KPDNHEP?

aduan kpdnhep

Berikut Adalah Di Antara Jenis Aduan Yang Dimaksudkan:

  1. Berkaitan Perubahan Harga Yang Melampau
  2. Kekeliruan Mengenai Maklumat Harga
  3. Tiada Maklumat Harga Oleh Peniaga
  4. Tiada Resit Pembelian /jualan Dikeluarkan Oleh Peniaga

Dan Lain Lain Aduan Yang Seumpama (Seperti Mana Di Bawah Bidang Kuasa Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan, Akta Pelindungan Pengguna Dan Akta Perihal Dagangan).

Pertanyaan Dan Aduan Berkaitan Sst Adalah Di Bawah Bidang Kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Cara Buat Aduan KPDNKK Secara Online Dan SMS

Tahukah anda bagaimana untuk membuat aduan berkenaan dengan aktiviti perniagaan yang tidak beretika?

Berikut adalah saluran aduan rasmi yang disediakan kepada pengguna bagi membuat aduan kepada KPDNHEP

  1. Portal e-Aduan KPDNHEP di pautanĀ https://eaduan.kpdnkk.gov.my/
  2. Talian hotline (Call centre) : 1 800 886 800
  3. Pusat Informasi dan Gerakan Strategik (PIGOS) : 03-8882 6088 / 6245
  4. e-mail aduan ke e-aduan@kpdnkk.gov.my
  5. Menerusi aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDNKK di Playstore. Hanya telefon pintar yang mengandungi aplikasi Android 3.0 ke atas sahaja yang boleh memuat turun aplikasi ini.
  6. Whatsapp 019-279 4317
  7. Hadir sendiri ke pejabat KPDNHEP seluruh malaysia
  8. Surat rasmi ke Pejabat KPDNHEP yang berdekatan
  9. Bilik gerakan KPDNHEP negeri (No telefon di Portal Rasmi KPDNHEP)

aduan kpdnkk

Panduan penggunaan Sistem eAduan melalui laman web E-Aduan

Berikut adalah langkah dalam mebuat aduan :-

  • Klik Pautan Aduan Baru
  • Isi Borang Aduan mengikut panduan
  • Tekan butang <Semak> untuk paparan skrin seterusnya
  • Tekan butang <Hantar>untuk terus menghantar aduan. Nombor Aduan akan dipaparkan
  • Tekan butang<Tambah Bahan Bukti> untuk memuatnaik fail, Klik butang <Browse> untuk memilih fail bukti dan Klik butang <Hantar Bukti Aduan>
  • Tekan butang <Kemaskini>untuk mengemaskini aduan atau butang <Batal> membatalkan aduan
  • Klik butang <Cetak> untuk mencetak aduan yang telah dilaporkan.

Cara Menyemak Status Aduan

  1. Klik Pautan Semakan Aduan
  2. Masukkan No Aduan bersama email atau nombor telefon bimbit atau nombor telefon
  3. Tekan Butang Semak
  4. Paparan Status Aduan akan dipaparkan

Moga perkongsian cara membuat aduan KPDNHEP bermanfaat buat semua pengguna di Malaysia.