Cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi Mudah Dan Sedap

Panduan terkini dikemaskini pada 29 Oktober 2018 jam 11:28 PM

Cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi Mudah Dan Sedap
Rate this post

jerukmanggaasamboi
Jeruk Mangga Asam Boi kini viral/trending di media sosial. So bagi mereka yang ingin buat sendiri dan tidak mahu membeli bolehlah melihat panduan cara-cara buat Jeruk Mangga Asam Boi yang mudah dan sedap di sini. Berbagai cara

Resipi Jeruk Mangga Asam Boi

– ada berbagai cara untuk membuatnya
jerukmangga2
Ini perkongsian resipi dariĀ http://hasyanaurah.com/

Bahan-bahan
Mangga muda
Asam boi
Gula ( lebihkan )
Garam
Cili padi potong ( lebihkan jika suka pedas )

Cara-cara

Kupas dan belah buah mangga, cuci dan toskan sehingga air agak kering. Gaulkan mangga dengan semua bahan. Simpan dalam peti ais dalam 4-5 jam. Siap untuk dimakan.

Ini pula dar FB Cik Jan

Bahan-Bahan

cili kering
6 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
4 ketul gula melaka
1 kampit garam
buah mangga muda

Cara-cara membuat Jeruk Mangga Asam Boi

satukan buah mangga muda yang telah ditoskan dengan air gula dan cili kering kisar tadi…gaul rata-rata…masukkan sedikit garam secukup rasa…isikan ke dalam botol…biarkan selama 1-2 hari supaya air gula dan cili meresap…sedap dimakan sejuk…jadi, simpanlah dalam peti sejuk untuk rasa lebih sedap lagi…jeruk ini boleh tahan 2-3 bulan kalau disimpan tp selalunya tak sampai seminggu dah habis

1 – Cili kering dijerang bersama air…kemudian, dikisar…buat ikut selera sendiri…kalau hendak pedas, sediakanlah banyak-banyak…kalau hendak kurangkan pedas, bolehlah buangkan bijinya dahulu…

2 – Petik/kutip/beli buah mangga muda secukupnya…potong dan belah 4…kalau buahnya kecil, belah 2 shj…buang bijinya…basuh dan bilas bersih-bersih buangkan getahnya…

3 – Rendam buah mangga muda dalam besen/periuk besar dengan sekampit garam selama 1-2 hari sehingga kulit mangga muda bertukar kekuningan…

4 – Jerang 4 ketul gula melaka dan 1 1/2 cawan gula pasir bersama 6 cawan air di atas api sederhana…boleh tambahkan air lagi jika rasa pekat…air gula ini dibiarkan sejuk.

SELAMAT MENCUBA