Cara Menggunakan Inhaler Ubat Sedut Yang Betul

Panduan terkini dikemaskini pada 27 Mei 2019 jam 04:23 PM

Cara Menggunakan Inhaler Ubat Sedut Yang Betul. Anda seorang pesakit Asma? Inhaler atau ubat pam pelega secara cepat adalah ubat yang digunakan untuk melegakan pesakit asma apabila menyerang. Ianya akan melegakan pernafasan pesakit dan seterusnya menghentikan serangan asma. Berikut dikongsikan Cara Menggunakan Inhaler Ubat Sedut Yang Betul.

Buat pesakit semua, sekiranya inhaler diambil tanpa menggunakan teknik yang tepat dan betul, ubat tersebut mungkin ditelan atau dihembuskan keluar tanpa memberikan apa-apa kesan. Teknik penggunaan inhaler yang betul sangat penting bagi memastikan keberkesanan rawatan. Jom lihat langkah-langkah penggunaan inhaler dengan betul seperti di terangkan dalam gambarajah di bawah ini.

inhaler2

Langkah-Langkah Menggunakan Inhaler (Ubat Sedut) Yang Betul

Langkah 1

  • Buka penutup inhaler dan goncang inhaler sebanyak 3 hingga 5 kali

Langkah 2

  • Tarik nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut secara perlahan-lahan

Langkah 3

  • Dalam posisi menegak, masukkan inhaler ke dalam mulut dan rapatkan bibir

Langkah 4

  • Tekan canister ke bawah dan sedut nafas sedalam yang mungkin secara serentak

Langkah 5

  • Tahan nafas selama 4 hingga 10 saat

Langkah 6

  • Keluarkan inhaler dari mulut dan hembus nafas secara perlahan.

* Sekiranya sedutan kedua diperlukan, tunggu 30 saat hingga 1 minit sebelum mengulangi semua langkah-langkah di atas.

inhaler

Sumber FB Duta Kenali Ubat Anda

Semoga panduan Cara Menggunakan Inhaler Ubat Sedut Yang Betul ini dapat membantu pesakit asma dalam menggunakan ubat dengan betul.

pm468X60