Cara Semak Arah Kiblat Pada 28 Mei Dan 16 Julai 2015 Malaysia

Panduan terkini dikemaskini pada 27 Mei 2019 jam 08:27 PM

Panduan Cara Semak Arah Kiblat Pada 28 Mei Dan 16 Julai 2015 Malaysia. Fenomena istiwa matahari adalah salah satu tanda kekuasaan dan
kebijaksanaan Ilahi. Fenomena ini juga dikenali sebagai Istiwa A’dzam
(Istiwa Agung). Dipetik dari FB Koleksi Kuliah Ustaz Azhar Idrus, Ianya terjadi apabila matahari berada tegak di atas
Kaabah, iaitu berada tepat di titik Zenith (Ghayah) semasa Istiwa
(Rembang/Tengahari).

Peristiwa ini berlaku dua kali dalam setahun apabila
nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan iaitu
pada :-

  • 28 Mei 2015, jam 5.16 petang dan
  • 16 Julai 2015, jam 5.28 petang
semakarahkiblat

Pada
ketika itu, bayang-bayang objek tegak yang terhasil di seluruh dunia
akan membetuli arah kiblat, lantas memberi peluang kepada umat Islam
menentu atau menyemak arah kiblat
dari tempat masing-masing. Pada tahun
ini, fenomena istiwa matahari di atas kaabah akan berlaku pada 28 Mei
2015 bersamaan 10 Sya’aban, (Khamis) jam 5.16 petang dan 16 Julai 2015
bersamaan 29 Ramadhan, (Khamis) jam 5.28 petang.

Cara Buat Semakan Arah Kiblat Pada 28 Mei Dan 16 Julai 2015 Malaysia
Berdasarkan tarikh dan
waktu yang dinyatakan, penentuan atau semakan arah kiblat boleh
dilakukkan dengan panduan berikut :

  • 1. Pilih tempat yang hendak disemak arah kiblatnya dan pastikan iannya tidak terlindung dari sinaran cahaya matahari.
  • 2. Pacak satu tiang di kawasan itu dan pastikan ia tegak (90°) dan tegak.
  • 3. Pada waktu yang dinyatakan, tentukan arah bayang yang terhasil daripada tiang tersebut.
  • 4. Arah kiblat anda adalah arah yang bertentangan dengan bayang yang terhasil daripada tiang itu.

Selain dari menggunakan tiang tegak yang dipacak, anda juga boleh
menggunakan tiang-tiang bendera, tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang
tegak untuk menyemak arah kiblat menggunakan kaedah ini.

Peranan dan Tanggungjawab

1. Setiap umat Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah
kiblat di masjid, surau, pejabat dan kediaman masing-masing bagi
mengesahkan ketepatan arah kiblat.
2. Jika setelah semakan
dilakukan (bagi masjid dan surau sahaja) dan didapati arah kiblat yang
sedia digunakan adalah tersasar, sila lakukan pembetulan dan hubungi
Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri untuk urusan pengesahan.

RS468x60