Contoh Bahan Cemar Udara Dan Kesan Ke Atas Sistem Respirasi

Panduan terkini dikemaskini pada 27 Mei 2019 jam 08:34 PM

Contoh Bahan Cemar Udara Dan Kesan Ke Atas Sistem Respirasi. Udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan yang merbahaya yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan kita. Bahan pencemar udara ini memberi kesan besar kepada kita jika tiada langkah penjagaan yang baik.

Antara bahan-bahan pencemar udara yang boleh membahayakan sistem respirasi kita adalah:

1. Asap Rokok
Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida.

  • Nikotin – dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak
  • Tar – bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu
  • Karsinogen – agen penyebab kanser
  • Karbon Monoksida – gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuh
  • Perengsa – bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan.
bahancemarudara

2. Karbon Monoksida
Gas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan

3. Toksin
Toksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga pembakaran bahan api. Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian plumbum dan juga oksida nitrogen yang ada dalam udara. Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema.

4. Jerebu
Jerebu terhasil daripada wasap ekzos kenderaan,pembakaran terbuka dan juga kebakaran hutan.Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat halus,seperti habuk dan asap.

5. Sulfur Dioksida
Biasanya
gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga
beracun. Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyesakkan! Gas
sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan,
batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu.

*Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asid

Kesimpulan
Oleh kerana kandungan bahan tersebut yang sangat kecil, maka langkah sewajarnya perlu di
ambil bagi memastikan udara yang kita sedut adalah bersih dan tidak
tercemar. Langkah berjaga-jaga ini juga boleh mencegah kita daripada
mendapat penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan.
SUMBER

RESPIRASI
RESPIRASI membekalkan oksigen kepada badan dan menyingkirkan karbon dioksida. Ianya adalah proses di mana udara disedut
dan dihembus keluar oleh organisma hidup. Respirasi berlaku melalui
peparu dalam manusia.

Penyakit sistem respirasi berpunca daripada
bahan-bahan berbahaya yang kita sedut daripada udara. Bahan-bahan cemar
udara yang tidak kelihatan ini dengan mudah akan memasuki sistem
respirasi kita jika kita tidak mengamalkan langkah dan gaya hidup yang
sihat.

Berikut adalah 4 penyakit yang boleh memberi kesan kepada sistem
respirasi manusia.

PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM RESPIRASI
1. ASMA
Penyakit asma berpunca daripada habuk,
asap rokok dan juga asap industri. Simptom bagi asma adalah sesak nafas.
Pernafasan yang berbunyi kuat dan juga batuk.

2. BRONKITIS
Bronkitis
pula adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan bahan
perengsa lain dalam asap rokok. Antara gejala bagi sakit ini adalah
batuk yang berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.

3. EMFISEMA
Emfisima
adalah penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar dan rosak.
Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang tercemar
terutamanya asap rokok. Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas,
sakit ketika bernafas dan keletihan walaupun selepas kerja ringan.

4. KANSER PARU-PARU
Kanser
paru-paru disebabkan oleh karsinogen ataupun agen penyebab kanser pada
asap rokok. Antara gejala kanser peparu adalah batuk yang berterusan,
kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas.

AMALAN UNTUK MENGEKALKAN UDARA YANG BERSIH
Bagi
memastikan kita sentiasa menggunakan udara yang sihat, kita perlu
mengambil langkah bagi memperbaiki kualiti udara yang sedia ada. Antara
langkah yang kita boleh ambil untuk memperbaiki kualiti udara adalah
dengan:

1) Tidak melakukan pembakaran terbuka
2) Tidak merokok di tempat terbuka
3) Mengharamkan penggunaan bahan toksin dalam penyembur
4) Mengurangkan penggunaan penghawa dingin
5) Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan

CARA MEMPERBAIKI KUALITI UDARA
Perlakuan
dan amalan kita yang betul dapat menjamin untuk mengamalkan udara yang
sihat. Seperti yang kita sedia maklum, udara yang sihat dan tidak
tercemar juga memberikan kesihatan kepada sistem respirasi kita. Antara
beberapa amalan yang boleh mengekalkan udara yang sihat adalah dengan:-

1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap
2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat
3) Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baik
4) Gunakan petrol tanpa plumbum
5) Berkongsi kenderaan
6) Menggunakan pengangkutan awam
7) Tanam lebih banyak pokok
8) Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang