Contoh Rumusan Tugasan Sejarah PT3 2014 Perpaduan Kaum

Panduan terkini dikemaskini pada 27 Mei 2019 jam 10:34 PM

Berikut dikongsikan Contoh Rumusan Tugasan Sejarah PT3 2014 bertajuk perpaduan kaum.

Contoh Rumusan Tugasan Sejarah PT3 Perpaduan Kaum

Pengetahuan

Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor  utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.

rumusan perpaduan kaum

Berdasarkan peristiwa  13 Mei 1969  kita wajar  memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.
Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku.

Iktibar

Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan

Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.

(g) sumber rujukan